Ahad, 26 September 2010

Apa Yang Dibantu?


Ini gambar Tok Aki yang rumahnya diberi bantuan oleh Kerajaan UBN program bantuan rumah Tahun 2009.

Gambar penyataan yang rumah ini diberi bantuan diambil jarak dekat,Tarikh dibena 16/11/2009 Oleh Bahtera NiagaTrading.
Agak agak ya ke rumah yang diberi batuan ini dah berumur satu tahun ? mungki rumah ini dah disiapkan oleh Tok Aki tadi dah 5 tahun kut !!!,jadi bantuan yang diberi 16/11/2009 tu untuk buat apa? Rumah ke Tangga ke ? Atap ke ? tak jelas kerja puak puak UMNO ni. Untuk makluman semua gambar ini diambil pada 22hb Ogos 2010 yang lalu. Jangkamasa 9 bulan sahaja rumah nampak usang @ buruk??

Hari Raya Kawasan Meriah

Ada DJ yang bermurah hati bertugas bagi menyerikan majlis jamuan Hari Raya PAS Kawasan Kuala Krau,DJ K & DJ J aik!! muka sairas Datok K je!!, adik abang kut???
Ada artis nasid tempatan sedang meghibur hadirin dengan dendangan lagu lagu hit terkini!!!

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pak Syikh Nazri Hussin jamu selera bersama Ajk Kawasan dari jengka 11 dan kawan lama orang kuat FELDA.
Timbalan Pesuruhjaya 1 Al Fadzil Ustaz Yusuf Embung sedang menjamu selera disebelah kanan beliau Ustaz Suhaimi Saat,Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang
Ustaz Kamal Ashaari juga turut berucap pada majlis jamuan hari raya


Jengka Pusat-18hbSeptember 2010. Meriah!!! jamuan Hari Raya yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Kuala Krau.Gambar gambar diatas adalah kemeriahan yang dirakam sekitar hari tersebut.Gambar atas YH Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sedang berucap. Beliau merupakan YDP PAS Kawasan Kuala Krau.

Sabtu, 25 September 2010

Bantuan Mangsa Ribut Parlimen Kuala Krau


Kuala Krau- 22hb Sept 2010 Ustaz Kamal Ashaari bersama rombongannya Dewah Harian PAS Kawasan Kuala Krau serta Sdr Hasaudin Salim bekas calun DUN Kerdau PRU 12 lalu berkesempatan menziarah serta menghulurkan bantuan kewangan kepada mangsa ribut yang melanda sekitar Daerah Temerloh,Maran Pahang.

Sebanyak 35 buah rumah sempat dilawati pada hari tersebut,bermula dari kg Badok 2buah rumah dimusakkan oleh ribut serta 1buah kederaan ekonovan rosak terok dihempap pokok.

Sementara di kg Teluk Sentang terdapat 6 penerima bantuan diberikan oleh Ketua Kampung (Tok Empat) sedang menandatangani penyata penerimaan bantuan yang difahamkan diagihkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Pahang,penyampaian yang disampaikan sebelah pagi bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Wakil Rakyat BN serta Pegawai Daerah.

Mana kala sebelah petang pula penerima yang sama disumbangkan pula oleh Wakil PAS yang di ketuai Oleh Ustaz Kamal Ashaari,kerjasama Tok Empat berkenaan amat dipuji kerana tidak memilih bulu melayan kehadiran rombongan PAS tidak seperti di kampung kampung lain sikap Tok Empat jelas tidak melayan kehadiran penderma dari parti PAS.

Ahad, 12 September 2010

Dewan Pemuda Kawasan Kuala Krau Berhari Raya



Jengka 15- Ahad 12hb Sept 2010. Sambutan hari raya yang merainkan anak perantau pulang ka kampung telah dibuat di Jengka 15, kehadiran tetamu dalam majlis yang bermula jam 9.00 pagi tadi dianggarkan 1000 orang, terdiri dari masyarakat setempat dan kawasan berhampiran.

Turut bersama dalam majlis tersebut adalah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Pas merangkap Pesuruhjaya PAS Pahang, dalam ucapan perasmian sebentar tadi YH Dato' Tuan menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada semua yang hadir serta seluruh penduduk Jengka.

Sambil mengigatkan kepada yang hadir supaya berhati hati semasa memandu dijalan yang menghubungi laluan ka Jengka ini,menurut beliau telah berlaku beratus kematian akibat kemalangan jalan raya di laluan ini kerana jalannya sempit dan tidak lirus. Kerajaan telah memerintah 53 tahun tetapi gagal melebarkan jalan ini walau pun setiap kali pilihanraya janji pehak BN bila medapat kemenagan akan membesarkan jalan ini.

Beliau berpendapat adalah mustahil kerajaan Pahang yang ada pada hari ini dapat memenuhi janji janji mereka, kerana setiap tahun kerajaan yang ada, dalam bajet tahunan nya membentang kan bajet yang difisit hampir 20 tahun dalam keadaan yang sama. Hutang kerajaan Pahang hampir 2 Bilion tidak perah difikirkan oleh pemimpin BN dalam negeri Pahang bagaimana nak diselesaikan.

Rakyat patut belajar dengan Negara Jepun apabila kerajaan dibawah pimpinan LDP gagal memakmurkan rakyat nya mereka memilih kerajaan baru walaupun kerajaan lalu telah memerintah 50 tahun.

Sebelum itu Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Us Suhaimi Saat dalam ucapan alu aluan nya memaklumkan agar golongan muda di Jengka ini perlu mengikut arah aluan dikalangan pengundi muda dibandar bandar serta pinggir bandar, semua golongan muda disana telah memulakan gerakan mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU 12 yang lalu. Di Pahang juga terutama di Jengka golongan muda wajib berubah.

Dalam majilis ini para hadirin dihiburkan dengan dendangan lagu lagu nasid oleh penyayi tempatan. Turut menyerikan majlis sambutan ini ialah Pimpinan Pas Negeri, seperti SU Perhubungan PAS, Bedahari, Ketua Penerangan Pas Negeri, Ketua Dewan Himpunan Kelab Penyokong Pas Negeri Sdr Balasubramaniam, Saudara Sam, Tim Pengerusi PKR Negeri Pahang dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya Negeri Sdr Mazlan Yassin, Serta Tim YDP PAS Kawasan Pak Syikh Nazri Hussin, semua pimpinan di iringi isteri masing masing.

BERSIH 2.0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...