Isnin, 16 Ogos 2010

Majlis Berbuka Puasa Bersama Ustaz Kamal Ashaari

Pulau Pasir Mandi-15hb Ogus 2010. Majlis berbuka puasa pada hari ke lima Ramadhan 1431 Hijrah telah disempurnakan oleh penduduk kampung Pulau Pasir Mandi dan wakil masjid masjid sekitar yang terdiri dari Imam atau Pengerusi Masjid dan Ketua Kampung 15 buah masjid dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, bersama Al Fadzir Ustaz Kamal Ashaari calon PAS Parlimen Kuala Krau dalam PRU 12/2008 lalu.

Dalam majlis tersebut Al Fadzil Ustaz Kamal Ashaari bermurah hati memberi sumbanga berupa peruntukan berbuka puasa kepada Imam 15 buah Masjid antaranya ialah Masjid Teluk Sentang,Baduk,Desa Purun,Krai,Pulau Pasir Mandi,Teluk Sabak,Batu Sawar, Rumpun Makmur,Jengka 22,Jengka 23,Jengka 25 yang berada di seberang kanan Sungai Pahang sementara Masjid Paya Taram Bandar Kerdau,Masjid Tekal,Masjid Umar Abdul Aziz Ketumbit dan Masjid Ketam di seberang kiri sungai.

Dalam majlis tersebut juga Ustaz Kamal bermurah hati menghulurkan bantuan kepada 5 orang miskin dan OKU yang berada dikampung tersebut,yang berupa wang untuk keperluan dibulan Ramadhan yang penuh berakah ini.

Majlis diakhiri dengan Taskirah Ramadhan selepas Solat Terawikh yang dipimpin oleh beliau sendiri.Sebelum itu taskirah selepas berbuka beliau sempat mengulas 4 pekara pokok pengertian Ramadhan yang pada awalnya merupakan bulan Rahmat kepada seluruh sekelian alam,pertengahan nya pula bulan pengampunan serta diakhir Ramadhan adalah ganjaran Syurga Allah dan bebas dari siksaan Neraka.

Perbezaan puasa kaum Muslimim berbanding kaum Yahudi adalah Sahur di satu pertiga yang terakhir malam .

Ahad, 15 Ogos 2010



Sumbangan Ikhlas Jemaah kepada Mangsa Kebakaran

Kerdau, 14 Ogos 2010- Mangsa kebakaran Saudara Kamaruzaman Yahya 35, yang mengalami kebakaran rumah kediaman pada 10hb Ogos 2010 yang lalu, sehari sebelum menjelang Ramadhan telah diberi sumbangan oleh para jemaah yang menghadiri Kuliah Dhuha Mingguan di Pusat Tarbiah PAS Negeri Pahang, Darul Hikmah, Kerdau.

Sumbangan disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Perasaan terharu dan syahdu dapat dilihat oleh hadirin semasa majlis peyampaian itu, lebih-lebih lagi dengan keperihatinan kepimpinan PAS terhadap golongan yang memerlukan di saat-saat menjelang sambutan Aidul Fitri tidak lama lagi.

Kepimpinan PAS Negeri Pahang akan membantu mangsa dengan merujuk kepada Lujnah Kebajikan Negeri supaya dapat disalurkan kepada Tabung Bantuan Harakah.

Jumaat, 6 Ogos 2010

Bantuan Kerusi Roda

Pada 29hb Julai 2010 yang lalu Al Fadzil Ustaz Kamal Ashaari bekas calun Parlimen PAS Kawasan Kuala Krau telah bermurah hati meyampaikan 3 buah kerusi roda kepada orang pesakit yang sangat memerlukan bantuan tersebut.

Mereka yang menerima batuan tersebut adalah Puan Esah binti Abdullah 60 tahun dari kampung Gong Halt yang mengidap penyakit kencing manis dan telah dipotong bahagian dua tapak kakinya, penerima kedua adalah Saudara Abd Manaf bin Abd Hamid 66 tahun dari Felda Jenderak Utara yang megalami penyakit stroke dan penerima ketiga ialah Puan Sarima binti Ramli 44 tahun dari Felda Jenderak Utara mengidap penyakit lemah anggota pinggan kebawah yang telah terlatar hampir 4 tahun tanpa pembelaan dari pimpinan setempat khususnya wakil rakyat BN.

Penyampaian tersebut disempurnakan pada malam majlis Foram Perdana yang diadakan di Darul Hikmah Kerdau.Tajuk Foram pada malam tersebut "Ulamak Diantara Peranan Dan Cabaran Masa Kini".

Sumbagan yang disampaikan oleh Alfadzil Ustaz Kamal Ashaari ini merupakan penyampaian kali ketiga dalam kawasan Parlimen Kuala Krau. Kali pertama penyampaian sekilo gila sekampit beras kepada gulungan fakir miskin serta anak yatim diJengka 8,Kg Gong Halt,Kg Kuala Mai, Kg Paya Luas, Jenderak Utara dan Jenderak Selatan serta kampung sekitar pekan Kuala Krau.

Penyampaian kali kedua pada awal tahun 2010 kepada gulungan yang sama (anak yatim? fakir dan miskin) merupakan bag sekolah dan peralatan persekolahan serta baju sekolah kepada 120 orang pelajar. Penyempurnaan majlis dibuat didepan Pejabat MTD PAS Pekan Kuala Krau pada 1hb Januari 2010.

Siri bantuan ini akan diteruskan menjelang sambutan Ramadhan nanti disekitar DUN Kerdau Isyaallah kepada imam imam masjid kawasan berkenaan untuk majlis berbuka puasa di kaareah masjid masing masing.

Semoga dengan bantuan yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada orang ramai.
Kuliah Dhuha

Siri Kuliah Dhuha diadakan setiap hari sabtu jam 9.30 pagi di Pusat Tarbiah Pas Negeri Pahang Darul Hikmah Kerdau,Antara pimpinan yang bersetuju memberi kuliah pada jadual sepertimana berikut adalah :-
Sabtu Minggu Pertama - Al Fadzil Ustaz Yusof Embong Tim Pesuruh Jaya 1
Sabtu Minggu Kedua - Al Fadzil Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruh
Jaya PAS Pahang
Sabtu Minggu Ketiga - Al Fadzil Ustaz Dr Hamzah Jaafar Tim Pesuruh Jaya 2
Sabtu Minggu Keempat - Al Fadzil Ustaz Abu Kassim Manaf Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang
Sabtu Minggu Kelima - Al Fadzil Ustaz Suhaimi Saat Ketua Dewan Pemuda
PAS Negeri Pahang.

Pimpinan PAS Negeri memutuskan Siri Kuliah Dhuha di Kerdau ini akan mengupas Kitab Tafsiran Surah Al Fatihah karangan Al Fadzil Ustaz Shahril Azman Abdul Halim Al Hafiz.Kecuali Ustaz Dr Hamzah Jaafar membicarakan kitab yang berbedza.

Siri kuliah ini telah dimasyhurkan oleh Dato Presiden Tuan Guru Dato Haji Abd Hadi Awang semperna Pelancaran Kernival Penerangan PAS Pahang pada 27hb Febuari 2010 yang lalu.Sementara perasmiannya telah dibuat oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man pada 24hb Okt 2009 yang lalu.

Orang ramai dijemput memenafaatkan majlis ilmu ini pada setiap pagi sabtu.

BERSIH 2.0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...