Ahad, 3 Oktober 2010

Rasmi Pejabat MTD Kerdau


Kerdau. 30hb Sept.2010- Al Fadil Ustaz Kamal Ashaari telah menandatangani plak perasmian pembukaan Pejabat Majlis Tindakan DUN Kerdau yang baru disiapkan hari ini.

Majlis tersebut disaksikan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau,Naib Yang Dipertua PAS Kawasan merangkap Pengarah MTD Kerdau,En Hasanudin Salim Ketua Lajnah Penerangan PAS Negeri Pahang, dan Hj Abd Aziz Abd Rahman Ketua Penerangan Kawasan Kuala Krau.

Bangunan pentadbiran MTD Kerdau ini dibangunkan berasingan dengan dewan kuliah Darul Hikmah Kerdau Pusat Tarbiah yang selama ini menjadi pusat pentadbiran gunasama antara Pejabat MTD Kerdau.Selain pejabat ianya dilengkapkan sebuah bilik rehat untuk Pimpinan serta Penceramah Luar yang datang untuk berceramah anjuran Penerangan Negeri dan Kawasan.

Bantuan Mangsa Kerdau


Kerdau 30hb Sept.2010- Alfadil Ustaz Kamal Ashaari bersama Sdr. Hasanuddin Salim serta Hj Nazri Hussin Tim Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada mangsa ribut di Kerdau pada 30hb September 2010 yang lalu.

Penyampaian ini dibuat ekoran maklumat yang telah disampaikan oleh Ketua Polis Balai Kerdau kepada Pengarah MTD Kerdau Tuan Haji Ahmad bin Mohd Yaman sehari selepas penyampaian pertama yang dibuat oleh beliau di kampung kampung sekitar Kawasan Parlimwn Kerdau,bermula dari Kg Badok,Teluk Sentang Purun,Gunung Senyum,Rumpun Makmur dan Jenderak Utara.

Seramai 20 orang penerima dari kampung Bukit Lada dan Lipat Kajang. Majlis diadakan diperkarangan Pejabat MTD Kerdau yang baru siap dibena.Jamuan disediakan oleh MTD Kerdau sambil merainkan Kelab Penyokong PAS sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Dalam ucapan beliau menesihatkan peserta yang terlibat supaya bersabar dalam menerima ujian dari Allah, dan bersyukur diatas segala nikmat yang diberi. Pehak PAS cuma dapat membantu sekadar sumbangan yang kecil menandakan simpati diatas musibah yang menimpa.

Sebelum itu pada majlis yang berlainan Yang Berbahagia Al Fadil Ustaz Kamal Ashaari telah meyampaikan bantuan yang sama kepada mangsa ribut di FELDA Jenderak Utara seramai 31 orang.

BERSIH 2.0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...