Khamis, 26 Mei 2011

TAZKIRAH - '5 SYARAT UNTUK BUAT MAKSIAT'


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat."


Lelaki itu dengan gembira dan tidak sabar-sabar bertanya: 


"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"


Ibrahim bin Adham berkata: "Syarat-syarat itu adalah:
  1. Jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNya.

    Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"

    "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? "
  2. Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
    Syarat ini membuat lelaki itu amat terkejut.

    Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? "

    "Ya! Anda benar." kata lelaki itu.
  3. Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!
    Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

    "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat seterusnya
  4. Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, minta tangguhlah kematianmu itu untuk bertaubat.

    Lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar: "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

    "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
     
  5. Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka, jangan engkau ikut bersamanya.
    Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. " 
  
Akhirnya dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.

"Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah," katanya sambil teresak-esak. 

Isnin, 23 Mei 2011

KEMPEN PRU-13 SUDAH BERMULA

23 MEI 2011 (ISNIN) Kempen bermula? ya, itu lah yang sedang berlaku di Felda Jenderak Selatan. Hari ini diadakan satu ceramah umum isu semasa anjuran umno kuala krau di sebuah bangunan yang semasa hendak dibina dulu dikatakan adalah untuk kegunaan rukun tetangga tapi setelah siap dinamakan pula BALAI PENERANGAN UMNO. bangunan ini adalah satu kelebihan buat umno kerana terletak hanya kira-kira 40 meter dari pintu sekolah rendah kebangsaan jenderak selatan yang juga merupakan pusat membuang undi untuk peti undi jenderak selatan.

kira-kira 200 orang menghadiri ceramah ini (agaknya dilapor 2000 org oleh sinar hairan esok) yang pengisiannya bukanlah isu semasa tetapi kempen politik sama seperti malam-malam kempen semasa prk n.28 Kerdau dulu. ceramah yang disampaikan oleh penasihat agama kepada menteri besar terengganu itu antaranya mengatakan umno/bn telah melaksanakan islam. bn bina masjid, bn tubuh bank islam.... itulah bukti bn laksana islam. bukan pas yang buat semua tu. sungguh dangkal hujah mereka memperbodohkan rakyat. lesen judi dan arak diberikan oleh bn tidak pula dijelaskan oleh mereka. harga barangan semakin meningkat tidak di usik langsung. apa yang berlaku hanyalah memburukkan pemimpin Pakatan Rakyat. itulah disebut berulang kali.

kalau dilihat kepada senario sekarang, umno sedang dalam ketakutan dan mungkin sedang berlatih untuk menjadi pembangkang selepas PRU-13 nanti. buktinya pada 1 mei 2011 lepas mereka melakukan demonstrasi membantah program Pakatan Rakyat di sini dan hari ini mereka buat ceramah umum pula.. bukankah itu yang PR buat selama ini. akhirnya umno sedar yang rakyat semakin menolak mereka. TV dan suratkhabar tidak lagi berupaya memanjangkan hayat mereka. agaknya mereka ni mohon permit ke untuk berceramah malam ni? entah la.......

BERSIH 2.0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...