Jumaat, 1 Oktober 2010

Majlis Jamuan Hari Raya MTD Jenderak


Kuala Krau-30hb Sept.2010- Jamuan Hari Raya Aidil Fitri peringkat Majlis Tindakan DUN Jenderak telah diadakan pada hari ini diperkarangan Pejabat MTD Jenderak Pekan Kuala Krau bermula jam 10.30 pagi hingga pukul 2.00 petang.

Majlis di hadiri bersama Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang,merangkap Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuala Krau,kenamaan lain yang turut hadir ialah Encik Roslan Zainal Al Ahmadi Setiausaha Perhubungan PAS Negeri dan isteri,Timbalan YDP PAS Kawasan Kuala Krau Pak Syekh Nazri Husin, Alfadzil Ustaz Kamal Ashaari Calun PAS Parlimen Kuala Krau PRU 12 lalu,serta AJK Kawasan, Ketua Ketua Cawangan PAS DUN Jenderak.

Orang ramai yang hadir di anggarkan seramai 500 orang,dengan jamuan Nasi Arab,Lemang Laksam serta Tapai Pulut yang disediakan oleh ahli ahli PAS mengikut cawangan dalam DUN Jenderak.

Dalam ucapan alu aluan Pengarah MTD Jenderak, Haji Abd Aziz Abd Rahman yang juga merupakan Ketua Lujah Penerangan PAS Kawasan Kuala Krau, berterima kasih kepada semua yang hadir serta yang terlibat dalam program yang julung julung kali di adakan di pekan Kuala Krau ini.Ini memberi gambaran bahawa penerimaan masyarakat terhadap PAS sudah mulai berlaku perubahan yang mana tidak lagi takut menyatakan sokongan terhadap PAS yang selama ini sukar untuk mendapat ruang mengadakan aktiviti dikalangan masyarakat.

Beliau juga merupakan pengusaha kedai Perniagaan Baja di pekan ini melancarkan promosi penjualan Baja Sebatian Berjenama TWIN ARROW dengan tawaran beli 20 bag dapat 1 bag percuma serta sehelai baju T dan hadiah pekej Takaful Khairat Kematian Etiqa/Pakatan Amal Sejagat @ Dana Takwa pekej ASAS bernilai RM 15/Tahun dengan menafaat kematian RM500 pada hari kematian/kebumi RM500 disedekahkan kepada sedekah Amal Jariah atas nama ahli/simati,tawaran ini sah sahingga 31/10/2010 sahaja.

Beliau juga mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua hadirin serta memohon maaf jika ada kesalahan dan kesilapan dalam berorganisasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERSIH 2.0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...