Rabu, 29 Jun 2011

Lynas @ Gabeng: Kebodohan Karam Singh


Semalam Buletin TV3 menyiarkan slot Lynas. Karam Singh yg terkenal sebagai pembela alam sekitar, gara gara mengikut telunjuk UMNO/BN akhirnya menzahirkan kebodohan diri sendiri. Beliau didapati mengambil sample tanah Rare earth dan mengukur kadar radiasi dan bagaikan dugung obesiti berlari lari ke pejabat YB Fuziah untuk mengukur kadar radiasi. 

Isunya bukan tanah semulajadi yg dicipta tuhan. Semua ciptaan tuhan mengeluarkan radiasi semulajadi. Persoalannya, bagaimana pemprosesan untuk ekstrak bahan itu. Bagaimana dan dimana sisi itu dilupuskan. Bab ini masih menjadi mesteri dan rahsia. Karam singh seperti ketinggalan bas atau pun bagaikan kapal yg karam dilautan dalam. Kami di Balok tak bincangpun persoalan tanah yg belum diproses.

Sehingga hari ini Pelan pengurusan sisa gagal dijelaskan oleh Lynas. Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) kata sisa hanya akan berada di Gebeng dalam jangka waktu tertentu. CEO Lynas kata mereka dah dapat keizinan untuk tanam di sini buat selama-lamanya. Kenyataan siapakah yg benar dalam hal ini. Semuanya ini bagaikan dua ekor biawak yg menyembunyikan lidah yg bercabang. 

Inilah masanya Karam singh boleh buat tawaran agar sisa selepas pemprosesan itu dihantar ke rumahnya memandangkan belum ada penemuan yg konkrik bagaimana sisa itu diurus. Manfaatkan sisa itu untuk baja penyubur bulu-bulu yg penuh di badan.

Nasihat saya.. Jangan jadi manusia yg hidup mengikut telunjuk kapitalis kelak kamu akan jadi bagaikan manusia yg mabuk todi, satu apa pun orang tak akan percaya lagi.

Sabtu, 25 Jun 2011

Panduan Bagi Peserta Perhimpunan Bersih 2.0

 (Pls read, very useful tips)


Perhimpunan Bersih 2.0 Pada 9 Julai 2011 (Sabtu), Jam 2 Petang Di Kuala Lumpur

(Lokasi : Masjid Kg. Baru, Sogo & Bangunan DBKL). 
Aman Dan Tanpa Senjata.

Tuntutan Bersih 2.0 :
  1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
  2. Reformasikan Undi Pos
  3. Gunakan Dakwat Kekal
  4. Akses Media Yang Bebas & Adil
  5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
  6. Kukuhkan Institusi Awam
  7. Hentikan Rasuah
  8. Hentikan Politik Kotor
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 :
Dipengerusikan Oleh Dato Ambiga Sreenavasaan (Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia). Anggotanya Adalah Daripada Kalangan Pimpinan Dan Aktivis NGO’s.

Kedudukan Parti-Parti Politik Termasuk PAS :
Adalah Sebagai Entiti Yang Bergabung Di Dalam Bersih 2.0 Dengan Aspirasi Bersama Iaitu Menuntut Satu Sistem Dan Perjalanan Pilihan Raya Yang Bersih & Adil Untuk Malaysia.

Jangkaan/ Unjuran :
Kita menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia untuk mereformasikan pilihan raya.
Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, kita mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu semua pihak dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar, aman dan tanpa sebarang provokasi .

Perkara Yang Perlu Anda Bawa/Sediakan :
 1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0
 4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Sediakan baju hujan berwarna kuning.
6. Aksesori kempen-Button, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihan raya boleh digunakan.
7. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
8. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
9. Sedikit garam batu ; Ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
10. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
11. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis “N100 Respirator, N95 Respirator” dan “Surgical facemask” untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
12. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
13. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
14. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
15. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email kitabersaudara_lpd@ yahoo.com  atau talian 019-340 7721.

Perkara Yang Tidak Dibenarkan :
  1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
  2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
  3. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
  4. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
  5. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihan raya.
  6. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
  7. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.
  8. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
  9. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
  10. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
  11. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
  12. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
  13. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.
Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Perhimpunan :
  1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
  2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
  3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
  4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
  5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
  6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
  7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
  8. Jangan lupa “charge” bateri handphone dan kamera.
  9. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan — Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru
  10. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
  11. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
  12. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
  13. Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula bagi mengelakkan sebarang provokasi pihak-pihak tidak bertanggungjawab..
Semasa Perhimpunan Dan Perarakan :
  1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru dan tunggu arahan dari “Field Commander” yang dilantik.
  2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau “Field Commander” sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada “Field Commander”
  3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan “Field Commander”.
  4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
  5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
  6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
  7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
  8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
  9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
  10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
  11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
  12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi “sound system” akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
  13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
  14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
  15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukkan dalam beg plastik yang anda bawa.
  16. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email kitabersaudara_lpd@ yahoo.com   atau talian 019-340 7721. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
Selepas Perhimpunan :
  1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
  2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan ______________________________ _____[KL LAC?]
  3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.
    Dapatkan maklumat ___________________________ berkaitan untuk bebaskan mereka.
  4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah di tempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang di rumah.
  5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
  6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir.
Apa Anda Perlu Buat Jika Kumpulan Anti-Tuntutan Bersih 2.0 Buat Provokasi :
  1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan “Field Commander” Unit Amal.
  2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
  3. Jangan hampiri mereka.
  4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
  5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
  6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.
Apa Anda Perlu Buat Jika Polis Buat Provokasi Dan Serbuan :
  1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
  2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
  3. Duduk jika pimpinan arahkan.
  4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air “water canon” berwarna kuning.
  5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
  6. Ambil gambar mereka jika sempat.
  7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.
Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Ditahan :
  1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
  2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
  3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
  4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
  5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
  6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab “Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
  7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.
  8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
  9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
  10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
  11. Jangan terlalu risau kerana, di luar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.
Apa Yang Anda Buat Selepas Dibebaskan :
  1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
  2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
  3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
  4. Ceritakan  dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
  5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
  6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
  7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
  8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
  9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
  10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
  11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.
Tunggu! Perhatian… :
  1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
  2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
  3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
  4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini.

Harapan Kita Semua :
Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan erjay tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.
Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan erjay perundangan dan erjaya implementasi erjay kita.
Ingat, Himpunan Bersih erjaya pada  10 November 2007 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihan raya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi.
Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada “Field Commander”  atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini. Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

Jumaat, 24 Jun 2011

HIMPUNAN BERSIH SELARAS AJARAN ISLAM, PEMUDA PAHANG HANTAR 14,000 PEMUDA



Pemuda PAS Pahang menyokong penuh himpunan bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini selaras dengan aspirasi seluruh rakyat Malaysia.Kami juga telah mengarahkan seluruh ahli pemuda PAS Pahang menghadiri perhimpunan aman bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan telus dan menjangkakan 14,000 peserta akan hadir. Dalam pilihan raya umum dan kecil yang lalu, terlau banyak penyelewengan berlaku seperti pertindihan nama pengundi, penyelewengan undi pos, pengundi hantu, pengurusan pilihan raya yang lemah dan banyak lagi. Tujuan himpunan bukan untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana berlaku di Tunisi dan Mesir sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar UMNO BN, tetapi untuk menuntut keadilan, menuntut supaya SPR mengendalikan Pilihan Raya di malaysia secara adil dan bersih serta tiada unsur penipuan.
Inilah tujuan utama perhimpunan aman bersih 2.0 ini diadakan iaitu menuntut 8 perkara, antaranya menuntut hentikan rasuah, hentikan politik kotor, bersihkan senarai undi & penggunaan dakwat kekal pada jari. Tuntutan Bersih ini sangat adil buat semua parti politik yang bertanding dalam pilihan raya. Semua akan mendapat jaminan pilihan raya yang adil dan telus. Kami tidak melihat dimanakah mudaratnya tuntutan dan perhimpunan aman ini. Malah, menuntut supaya diadakan pilihan raya yang adil dan telus adalah selaras dengan ajaran Islam.
Kami juga telah mengarahkan supaya semua ahli yang menyertai perhimpunan ini dibuat secara aman & santai dengan tidak membawa apa-apa senjata. Malah kami amat menggalakkan peserta membawa keluarga sambil menikmati pemandangan Kota Raya Kuala Lumpur, mereka boleh beriadah bersama anak dan isteri. apabila selesai perhimpunan,mereka boleh guna kesempatan untuk makan dan membeli belah bersama keluarga. Perkhidmatan teksi juga mereka boleh gunakan untuk membawa mereka ke destinasi yang hendak dituju. “Kami tidak nampak sebarang ancaman dan mudarat pada perhimpunan tersebut. Saya fikir, peniaga dan pengusaha teksi akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda daripada biasa.
Tujuan kita jelas, dan sikitpun tidak bertentangan dengan syariat Islam bahkan cara kita juga jelas tidak bertentangan dengan Islam, kita akan berhimpun secara aman sebagaimana yang dibenarkan oleh perlembagaan. Kalau tak aman ia bukannya datang dari pihak BERSIH tetapi ia datang dari pihak lain, mungkin pemuda UMNO, PERKASA atau pihak POLIS yang mungkin sengaja menimbulkan provokasi. Ulama UMNO mengatakan himpunan BERSIH haram kerana ia akan menimbulkan mudarat kepada orang awam?! Saya nak tanya ulama UMNO, manakah mudarat yang lebih besar? Antara himpunan BERSIH yang diadakan lebih kurang 2 ke 3 jam sahaja sehingga menyebabkan jalan sesak dan menjejaskan rezeki pemandu teksi dan peniaga, kononnya, berbanding penipuan yang dilakukan oleh SPR sehingga menyebabkan pemerintah zalim dan tidak berlandaskan syariat Islam terus kekal memerintah negara? Islam meletakkan kaedah: Apabila bertembung dua mudarat maka pilih lah mudarat yang lebih ringan kesannya. Maka dalam kes di atas sudah pastilah mengekalkan pemerintah yang zalim mudarat dan bahayanya lebih besar berbanding himpunan BERSIH. Maka sebab itulah DR. Yusuf al-Qaradhawi mengeluarkan fatwa bahawa rakyat Mesir wajib keluar berhimpun di Dataran Tahrir dan sekiranya mereka mati dalam perhimpunan itu, adalah mati syahid kerana mereka berjuang untuk menumbangkan kerajaan zalim Husni Mubarak. Oleh itu DPPNP menyokong penuh himpunan BERSIH 2.0 dan insyaAllah akan menghantar 14,000 pemuda untuk menyertai himpunan tersebut.
Sekian kenyataan saya,
SHAHRIL AZMAN ABD HALIM AL HAFIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang

Gambar sebenar himpunan sejuta belia Najib, ramainya sampai tak nampak orang


GAMBAR MAT NAJIB BARU TIBA...


MAT NAJIB XPANDANG AKU..TAK GUNA BETUL..
MCM TAU2 JE AKU NI ORG PAKATAN..KHAKHA


NI GAMBAR MAT NAJIB NK NAIK PENTAS..


MAT NAJIB ATAS PENTAS..(SESAK BEB)


FUH...GUA DAH CAKAP RAMAI GILA BELIA.. BUNGKUS PAKATAN MCM NI..

GUA KEBELAKANG SKIT... NK BG VIEW LEBIH CLEAR
LUORG TGK ...FUH..SESAK BEB...SESAK...


LG GUA KEBELAKANG...


LG GUA KEBELAKANG...GILA BEB...BUNGKUS PAKATAN...

YG NI GUA LG XLEH BLAH... FUH 1 JUTA TU BEB..

Inilah kenyataan lari tajuk dari Timbalan Pengerusi Perkakas UMNO




KUALA LUMPUR 23 JUN : Kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang mengheret cabaran Azmin Ali supaya beliau meletakkan jawatan dengan institusi raja, adalah suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab sama sekali.

Malahan menurut ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, tindakan Wan Ahmad cuba mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dalam perkara tersebut seolah-olah lari dari persoalan pokok yang dibangkitkan.
“Isu yang dibangkitkan oleh Azmin Ali memang sangat penting sebab beliau persoalkan tentang kesahihan daftar undi. Ini satu isu yang pokok dan beliau beri keterangan yang cukup kuat dan terperinci berdasarkan kedudukan rumah ibunya sendiri,” katanya kepada TV Selangor ketika ditemui di lobi Parlimen di sini semalam.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR pada Konvensyen Pilihan Raya PKR yang lalu, mencabar Wan Ahmad supaya membuktikan bahawa daftar pemilih induk adalah bersih seratus peratus daripada pengundi hantu, dan jika gagal, beliau harus meletakkan jawatannya.

Beliau memberikan tempoh 48 jam kepada Wan Ahmad berbuat demikian kerana Wan Ahmad menuduhnya berbohong berhubung maklumat daftar pemilih di kawasan Parlimen Gombak yang diwakilinya.

Azmin mendakwa, rumah yang didiami ibunya di Kampung Klang Gate Baru mempunyai 11 pemilih berdaftar iaitu enam Melayu dan lima Cina.

Menurut Sivarasa, isu pengundi Cina yang didaftarkan di rumah ibu Azmin hakikatnya perlu dijelaskan oleh pihak SPR dan bukan mempertikaikan apa diperkatakan.

Jelas beliau, kenyataan Wan Ahmad yang menyatakan Azmin tidak menghormati pelantikan oleh Yang Dipertuan Agung ke atas dirinya bagi jawatan Timbalan Pengerusi SPR adalah menyimpang dari isu sebenar.
“Pelantikan hampir semua jawatan besar dalam negara ini dibuat oleh Yang Dipertuan Agong tetapi itu tidak bermaksud nama Yang Dipertuan Agong boleh dibangkitkan bila kita kritikkan nama-nama jawatan besar ini, sama ada dia Ketua Polis Negara atau Peguam Negara atau Ketua Audit Negara. Mereka ada tanggungjawab kalau mereka salah, kita akan tegur,” katanya.

Tegasnya, SPR seharusnya menjalankan siasatan dan membetulkan keadaan yang tidak betul supaya tidak timbul sebarang isu hingga menyebabkan berlakunya tindakan mengadakan perhimpunan aman seperti Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

“Sebab itulah tuntutan Bersih 2.0 ini sangat wajar dan tepat pada waktunya. Rakyat Malaysia harus menyokong penuh usaha ini untuk jaminan masa depan bagi demokrasi kita,” katanya lagi.

Khamis, 16 Jun 2011

KARTUN HINA ISLAM DALAM UTUSAN

Penyiaran kartun menghina Islam semalam menunjukkan wajah sebenar Utusan Malaysia yang dipelopori oleh Umno yang sebenarnya bersikap memusuhi umat Islam dan menyelinap di sebalik topeng Melayu Islam.

“Ia juga menunjukkan Umno sebenarnya tunduk dengan kemahuan MCA yang jelas menolak hukum-hukum Islam,” katanya Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil .

Katanya, cetakan Utusan Malaysia semalam bukan sekadar memberi persepsi buruk bagi pembaca malah menghina hukum Islam yang jelas telah termaktub di dalam Al-Quran.

Baginya, bermotifkan sebagai satu penjelasan bertajuk “KEKELIRUAN KES ROGOL”, Utusan Malaysia sangat jahat apabila membenarkan sebuah karikatur yang menatijahkan imej negatif kepada agama Islam.

“Dewan Pemuda PAS Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini dan menggesa supaya tindakan tegas diambil ke atas Utusan Malaysia dan sekaligus menggantung akhbar yang kononnya mewakili suara orang Melayu itu,” ujarnya.

Katanya, karikatur itu dilihat berniat memburukkan Islam apabila ia dilukis dengan memberi mesej dan gambaran hukum Islam sangat lemah sedangkan hukum Islam itu datangnya dari Allah, sifatnya adil dan pelaksanaannya sudah terbukti berkesan.

Tambahnya, ia juga menggambarkan kolotnya Islam dengan seorang lelaki berjubah dan berserban menyelesaikan masalah berbanding dengan anggota polis, sekaligus menghina seluruh umat Islam.

Selain itu, ujarnya ia cuba mengelirukan umat Islam dengan memperlihatkan hukum zina secara permukaan (surface) sedangkan hukum itu masih ada perinciannya dan untuk menjatuhkannya tidak semudah itu.

Justeru, pihaknya menasihati Utusan Malaysia serta mana-mana individu agar lebih bersikap amanah di dalam menyiarkan sesuatu untuk paparan awam apatah lagi di dalam isu agama kerana silap langkah ia boleh menjatuhkan aqidah.

Beliau menambah, sekiranya di dalam Utusan Malaysia mempunyai pegawai agamanya yang tersendiri, Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa amat malanglah dirinya kerana tidak menyekat tindakan-tindakan seperti ini.

“Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan lebih tegas sekiranya Utusan Malaysia tidak menarik balik kenyataannya dan meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam seluruhnya kerana telah mencalar kemuliaan agama Islam,” tegasnya.

Ahad, 12 Jun 2011

BN dan Pakatan mula lumba, PAS diminta tubuh panel rangka negara kebajikan


Oleh G. Manimaran

June 11, 2011
KUALA LUMPUR, 11 Jun — PAS perlu segera mengadakan jawatankuasa pemandu merangka konsep negara berkebajikan memandangkan kedua-dua kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat berebut-rebut cuba membuktikan mereka berada di depan dalam agenda tersebut, kata mufti Perlis.
“Saya gembira melihat kerajaan dan pembangkang berebut-rebut cuba membuktikan agenda merekalah terbaik untuk kebajikan rakyat.
“(Oleh itu) saya ulang sekali lagi desakan agar PAS segera tubuhkan jawatankuasa pemandu negara kebajikan mereka untuk merealisasikan bentuk dan hala tuju berkenaan agar selari dengan Islam dan jelas kepada rakyat,” kata Dr Juanda Jaya dalam satu kenyataan SMS hari ini.
Tokoh agama itu yang sering mengikuti dengan dekat isu membabitkan parti-parti politik negara ini berpendapat, “ini kemuncak pertembungan untuk meraih sokongn atas seriusnya agenda perubahan bagi membela rakayt.”
Menurut Juanda, jawatankuasa itu perlu inklusif dan dianggotai oleh ahli-ahli politik, ulama dan pemikir yang aktif dan realis dalam mengetengahkan kebajikan rakyat.
“Ini sepatutnya jadi teras PAS sekarang kerana momentum kesedaran rakyat sedang amat kuat. Kerajaan sekarang juga akan berusaha buktikan merekalah juara kebajikan dan mereka pasti akan buat perkara lebih banyak lepas ini untuk bersaing,” katanya.
Sehubungan itu kata beliau, PAS perlu membuktikan yang mereka mampu buat lebih daripada kerajaan yang ada dan jangan ia “disejukkan oleh asakan balik Umno bahawa PAS tidak praktikal.”
“Ketepikan sekejap program-program kurang utama. Pelan induk itu nanti akan jadi satu model standard bagi penceramah PAS jelaskan dasar parti. Bukannya masing-masing penceramh ada tafsiran sendiri seperti yang telah berlaku kepada konsep negara Islam sebelum ini,” katanya.
Ahad lalu, Juanda juga melahirkan harapan agar PAS akan membentangkan segera konsep negara berkebajikan yang disentuh oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada 3 Jun lalu.
Muktamar PAS kali ini dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema “membangun negara berkebajikan”, susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu.
Pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-57 minggu lalu, Hadi berkata, belum tiba masanya untuk parti itu meninggalkan usaha membentuk “negara Islam”, isu yang disifatkan sebagai duri dalam daging dalam hubungannya bersama DAP sebelum ini.
Hadi dipetik berkata, PAS akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama “negara Islam” itu semata-mata.
“Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan.
“Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama,” katanya

Jumaat, 10 Jun 2011

Media Kerajaan Sudah Mula Menyerang PAS

NOTA EDITOR: Setelah kumpulan yang dikatakan pro kepada mereka dikalahkan di dalam Pemilihan PAS yang baru ini, media UMNO telah menukar status PAS dari "kawan potensi" kepada "musuh".

UMNO memulakan serangan mereka sebelum Berita TV3 malam tadi lagi. Akhbar mereka, Utusan Meloya, menyerang PAS dengan kata-kata dusta. Kononnya PAS telah menggugurkan perjuangan Negara Islam.

Hakikatnya, 
perkataan Negara Islam tidak pernah disebut di dalam Perlembagaan PAS semenjak ianya mula ditulis pada tahun 1953 lagi. Ertinya semenjak penubuhan PAS lagi, perkataan Negara Islam tiidak pernah digunakan.

InsyaAllah, serangan TV3 dan media2 milik UMNO akan memakan diri. Ia hanya akan membuat lebih 1 juta ahli PAS lebih marah dengan UMNO. Sebelum ini serangan mereka terhadap PKR dan DAP telah gagal menjauhkan rakyat dari kedua-dua parti tersebut.

Kali ini, serangan UMNO kepada PAS akan membunuh UMNO sendiri. UMNO lupa PAS adalah hampir 100% Melayu. Sebelum ini, UMNO tidak menyerang PAS. Maka, PAS pun tidak lah menyerang UMNO dengan begitu kuat. Selepas ini PAS pula akan menyerang UMNO dengan kadar yang lebih tinggi dan kuat. Kesannya nanti, lebih ramai pengundi Melayu/Islam beralih ke PAS. Ini kerana segala serangan UMNO hanyalah fitnah semata-mata menyebabkan orang Melayu Islam simpati kepada PAS.

Akhirnya PAS Diserang Juga !!
Salam to all,

Telanjur tak sehat sepanjang hari ni, telanjur jugalah menonton Buletin Utama TV3 apabila terbaring di depan TV selepas Maghrib. Tak ingat bila last tengok berita TV3, namun berita yang disampaikan malam ini adalah sangat mengejutkan.

Jika sebelum ini, parti PAS telah dilayan dengan baik oleh media arus perdana berbanding dengan PKR dan DAP. PAS digambarkan oleh media arus perdana sebagai sebuah parti yang sebenarnya boleh bergerak sendiri untuk meninggalkan Pakatan Rakyat. PKR dan DAP pula dicerca dan dihina hampir setiap hari dengan kerajaan Pulau Pinang dan Selangor acap kali menjadi mangsa serangan bertali arus.

Namun seperti yang saya jelaskan tadi, berita di Buletin Utama TV3 malam ini agak berbeza dan cukup mengejutkan. PAS telah diserang habis-habisan dengan seluruh kekuatan TV3 dalam penyediaan maklumat. Lebih 15minit masa perdana telah digunakan untuk menyerang parti PAS. Ini agak pelik kerana sebelum Muktamar ke 57, PAS disanjung tinggi dengan kepimpinan ulama diberi ruang yang cukup baik oleh media arus perdana. Tetapi selepas muktamar, PAS menjadi sasaran terbaru UMNO. Adakah ianya berkait rapat dengan pinangan yang telah ditolak?

Isu yang dimainkan dalam Buletin Utama malam tadi ialah, bagaimana PAS sanggup melepaskan perjuangan menegakkan sebuah negara Islam apabila mengimbas kembali ucapan Tuan Guru Hadi Awang pada tahun 2003 dan dibandingkan pula dengan ucapan TGHA pada Muktamar baru-baru ini. Sedarkah TV3 bahawa negara berkebajikan itu adalah satu tuntutan utama sebuah negara Islam? Negara Islam adalah negara berkebajikan. Ini sudah cukup menunjukkan UMNO dan BN begitu dangkal dalam mentafsir sebuah negara Islam.

Layanan baik UMNO terhadap PAS sebelum ini tidaklah seikhlas mana. Rupa-rupanya UMNO telah berdendam dengan PAS kerana bukan sahaja hantaran meminang untuk membentuk perpaduang telah ditolak tanpa bicara lagi, kepimpinan baru PAS juga dilihat tidak mesra terhadap UMNO dalam apa jua keadaan menyebabkan peluang UMNO untuk slowtalk dengan PAS hancur berkecai.

Maka tidak hairanlah mulai hari ini hingga pilihanraya akan datang, PAS akan terus diserang oleh media arus perdana setelah gagalnya usaha pihak terdesak mencari penyambung nyawa. Percayalah bahawa lagi teruk PAS dan Pakatan Rakyat di hentam oleh media arus perdana, lagi banyak sokongan yang bakal diperolehi. Kerana rakyat kian celik, memilih untuk sebuah kerajaan rakyat, negara berkebajikan !
EDYES @ edyesdotcom

BERSIH 2.0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...