Rabu, 20 Oktober 2010

YB Dato' Seri Ir Hj Mohamad Nizar Jamaluddin Di Kerdau

Kerdau-20hb Okt 2010: Lebih 10,000 orang hadir di dataran Pusat Tarbiah Darul Hikmah Kerdau Komplak PAS Negeri Pahang malam semalam mendengar ceramah yang disampaikan oleh Penceramah undangan dalam siri Ceramah Umum yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Kawasan Kuala Krau.

Turut hadir bersama YB Dato' Seri Mohamad Nizar ialah Saudara Hassanudin Salim Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Negeri Pahang, calun DUN Kerdau PRU 12 , Saudara Amran Harun Pegawai Khas YB Dato Seri Nizar.Saudara Nizam Abd Hamid Calun Parlimen Temerloh PRU 12 mewakili Parti Keadilan Rakyat dan Yang Hormat Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya Pas Pahang.

Ceramah Umum malam tadi dipengerusikan oleh Al Fadil Ustaz Shahril Azman Abd Halim yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau.

Sebelum itu, satu majlis minum petang bersama masyarakat bukan muslim kawasan Parlimen Kuala Krau diadakan di Dewan Pusat Tarbiah. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Saudara N. Balasubra Maniam Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS Pusat.

Ahad, 3 Oktober 2010

Rasmi Pejabat MTD Kerdau


Kerdau. 30hb Sept.2010- Al Fadil Ustaz Kamal Ashaari telah menandatangani plak perasmian pembukaan Pejabat Majlis Tindakan DUN Kerdau yang baru disiapkan hari ini.

Majlis tersebut disaksikan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau,Naib Yang Dipertua PAS Kawasan merangkap Pengarah MTD Kerdau,En Hasanudin Salim Ketua Lajnah Penerangan PAS Negeri Pahang, dan Hj Abd Aziz Abd Rahman Ketua Penerangan Kawasan Kuala Krau.

Bangunan pentadbiran MTD Kerdau ini dibangunkan berasingan dengan dewan kuliah Darul Hikmah Kerdau Pusat Tarbiah yang selama ini menjadi pusat pentadbiran gunasama antara Pejabat MTD Kerdau.Selain pejabat ianya dilengkapkan sebuah bilik rehat untuk Pimpinan serta Penceramah Luar yang datang untuk berceramah anjuran Penerangan Negeri dan Kawasan.

Bantuan Mangsa Kerdau


Kerdau 30hb Sept.2010- Alfadil Ustaz Kamal Ashaari bersama Sdr. Hasanuddin Salim serta Hj Nazri Hussin Tim Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada mangsa ribut di Kerdau pada 30hb September 2010 yang lalu.

Penyampaian ini dibuat ekoran maklumat yang telah disampaikan oleh Ketua Polis Balai Kerdau kepada Pengarah MTD Kerdau Tuan Haji Ahmad bin Mohd Yaman sehari selepas penyampaian pertama yang dibuat oleh beliau di kampung kampung sekitar Kawasan Parlimwn Kerdau,bermula dari Kg Badok,Teluk Sentang Purun,Gunung Senyum,Rumpun Makmur dan Jenderak Utara.

Seramai 20 orang penerima dari kampung Bukit Lada dan Lipat Kajang. Majlis diadakan diperkarangan Pejabat MTD Kerdau yang baru siap dibena.Jamuan disediakan oleh MTD Kerdau sambil merainkan Kelab Penyokong PAS sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Dalam ucapan beliau menesihatkan peserta yang terlibat supaya bersabar dalam menerima ujian dari Allah, dan bersyukur diatas segala nikmat yang diberi. Pehak PAS cuma dapat membantu sekadar sumbangan yang kecil menandakan simpati diatas musibah yang menimpa.

Sebelum itu pada majlis yang berlainan Yang Berbahagia Al Fadil Ustaz Kamal Ashaari telah meyampaikan bantuan yang sama kepada mangsa ribut di FELDA Jenderak Utara seramai 31 orang.

Sabtu, 2 Oktober 2010

UMNO Tipu Melayu Lagi


Kuala Krau-30hb Sept.2010 Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapannya semasa menghadiri Jamuan Hari Raya peringkat MTD Jenderak mendedahkan bahawa Pak Imam,Pak Bilal di seluruh Negeri Pahang malah semua Pegawai Agama, Guru Guru Agama Kerajaan Negeri Pahang, telah lama makan duit hasil judi yang beroperasi di Genting malah seluruh hasil cukai dari kedai jualan TOTO,4 Nombur Ekor dalam Negeri Pahang apabila MB Dato' Adnan Yaakob enggan mewujudkan akaun berasingan hasil dari sumber tidak halal dengan hasil dari sumber yang halal bagi orang Islam apabila diusulkan dalam Dewan Undangan Negeri oleh beliau pada persidangan tahun 1999 lepas.

Isu ini timbul apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi duit ehsan kepada Warga Emas RM 100 saorang,mak cik dari ahli UMNO pulangkan wang kepada UMNO sepatutnya pulangkan semula kepada Kerajaan Negeri. Wakil rakyat dari UMNO yang menerima Elaun dari Kerajaan Negeri Tidak pula sibuk nak pulangkan duit yang diterima.Orang Melayu yang tua tua saja diberitahu duit yang diberi haram.

Lesen judi dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan segala hasil cukai dikutip oleh Kementerian Kewangan,duit ini tidak pula haram ?, gaji yang dibayar tidak ada saorang pun yang mempertikaikan.Melayu mudah lupa kena tipu lagi sekali .

"Kita cabar kerajaan Negeri Pahang sila tutup premis premis judi diseluruh Negeri Pahang seperti Negeri Kelantan, kita cabar Kerajaan Persekutuan sila Mansuhkan lesen lesen Perjudian diseluruh negara" katanya.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Majlis Jamuan Hari Raya MTD Jenderak


Kuala Krau-30hb Sept.2010- Jamuan Hari Raya Aidil Fitri peringkat Majlis Tindakan DUN Jenderak telah diadakan pada hari ini diperkarangan Pejabat MTD Jenderak Pekan Kuala Krau bermula jam 10.30 pagi hingga pukul 2.00 petang.

Majlis di hadiri bersama Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang,merangkap Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuala Krau,kenamaan lain yang turut hadir ialah Encik Roslan Zainal Al Ahmadi Setiausaha Perhubungan PAS Negeri dan isteri,Timbalan YDP PAS Kawasan Kuala Krau Pak Syekh Nazri Husin, Alfadzil Ustaz Kamal Ashaari Calun PAS Parlimen Kuala Krau PRU 12 lalu,serta AJK Kawasan, Ketua Ketua Cawangan PAS DUN Jenderak.

Orang ramai yang hadir di anggarkan seramai 500 orang,dengan jamuan Nasi Arab,Lemang Laksam serta Tapai Pulut yang disediakan oleh ahli ahli PAS mengikut cawangan dalam DUN Jenderak.

Dalam ucapan alu aluan Pengarah MTD Jenderak, Haji Abd Aziz Abd Rahman yang juga merupakan Ketua Lujah Penerangan PAS Kawasan Kuala Krau, berterima kasih kepada semua yang hadir serta yang terlibat dalam program yang julung julung kali di adakan di pekan Kuala Krau ini.Ini memberi gambaran bahawa penerimaan masyarakat terhadap PAS sudah mulai berlaku perubahan yang mana tidak lagi takut menyatakan sokongan terhadap PAS yang selama ini sukar untuk mendapat ruang mengadakan aktiviti dikalangan masyarakat.

Beliau juga merupakan pengusaha kedai Perniagaan Baja di pekan ini melancarkan promosi penjualan Baja Sebatian Berjenama TWIN ARROW dengan tawaran beli 20 bag dapat 1 bag percuma serta sehelai baju T dan hadiah pekej Takaful Khairat Kematian Etiqa/Pakatan Amal Sejagat @ Dana Takwa pekej ASAS bernilai RM 15/Tahun dengan menafaat kematian RM500 pada hari kematian/kebumi RM500 disedekahkan kepada sedekah Amal Jariah atas nama ahli/simati,tawaran ini sah sahingga 31/10/2010 sahaja.

Beliau juga mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua hadirin serta memohon maaf jika ada kesalahan dan kesilapan dalam berorganisasi.

BERSIH 2.0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...