Khamis, 25 Ogos 2011

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DAN JEMPUTAN RUMAH TERBUKA MTD JENDERAK

JOM DATANG RAMAI RAMAI

Berita gembira buat kita semua dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini apabila Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Cheryl Chew memeluk Islam


Dari blog milo suam - 

Beliau melafazkan kalimah Syahadah pada pukul 3.00 petang semalam di pejabat JIM Bukit Malawati. Dimaklumkan bahawa beliau kini menggunakan nama Huda Chew.



Antara rakan-rakan Cheryl yang menitiskan air mata kegembiraan dengan keislaman beliau. Dimaklumkan juga bahawa beliau menerima banyak hadiah berupa tafsir Al-Quran dan buku-buku agama dari rakan-rakan terdekat.


Difahamkan, sebelum ini Cheryl telah mula berpuasa dan mendalami Islam secara berperingkat sebelum mengambil keputusan untuk memeluk Islam di dalam hari yang bersejarah semalam.

Tinjauan ReJaM© di facebook menyaksikan Cheryl sudah menukar namanya kepada Huda Chew Hong Wah [Facebook Cheryl]

Jika tiada aral melintang, ReJaM© akan merakam temubual khas bersama Cheryl dalam masa terdekat untuk dikongsikan bersama anda semua Insya Allah.

Kepada Cheryl, selamat menikmati keindahan Islam.

Ahad, 21 Ogos 2011

PAS Kesal Kenyataan Perdana Menteri, Mungkin Tarik Diri



PAS melahirkan kekesalan terhadap kenyataan Perdana Menteri bahawa pilihanraya umum (PRU) ke 13 tidak perlu menunggu keputusan Jawatankuasa (JK) Khas Parlimen. Kenyataan tersebut membuktikan sikap sebenar kerajaan terhadap tuntutan rakyat agar sistem pilihanraya yang bersih dan adil dapat diwujudkan, sebelum PRU akan datang.

Tujuan utama JK Khas ini ialah merumus  satu sistem pilihanraya yang adil dan bersih, setelah pelbagai kelemahan dibongkar. Apa guna dibentuk JK Khas, sekiranya kerajaan sudah memberikan bayangan jelas bahawa pilihanraya umum akan diadakan sebelum JK Khas ini menyiapkan laporan dan sekaligus memberikan petanda yang jelas bahawa sememangnya kerajaan Barisan Nasional  tidak bersedia untuk menerima dan memperbaiki kelemahan yang ada.

Adalah mustahak untuk rakyat bahawa inisiatif mengatasi kelemahan dan hilangnya keyakinan mereka kepada sistem pilihanraya yang ada kini diperbetulkan terlebih dahulu supaya satu perjalanan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia dapat dijalankan. Sekiranya tidak, apa gunanya rakyat mengundi sekiranya keputusan pilihanraya bukan keputusan yang membayangkan hasrat mereka sebenar di akar umbi, tetapi hasrat pengundi hantu dan warga asing yang berlambak untuk memenangkan calon parti tertentu.

Kerajaan harus sedar  terhadap kemarahan rakyat dan tuntutan yang diadakan dalam perhimpunan aman Bersih 2.0 baru- baru ini. Sikap kerajaan yang menolak diadakan pilihanraya sebelum sistem diperbaiki sudah tentu akan mengundang kemarahan rakyat dan tahap kebolehpercayaan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya akan terus merosot. Keadaan ini sangat tidak baik bagi negara, dan terutamanya kerajaan memerintah dan  tidak mustahil parti- parti dalam Pakatan Rakyat akan menarik diri ekoran kenyataan Perdana Menteri.

Ketidakikhlasan kerajaan Barisan Nasional ini juga dijangka akan mempercepatkan  bantahan rakyat, jesteru menyemarakan semangat untuk himpunan Bersih 3.0 diadakan. PAS ingin tegaskan kerajaan tidak patut dan sememangnya ia amat tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Parlimen dalam keadaan mereka sedar bahawa sistem pilihanraya negara kita sememangnya tempang berhadapan dengan kelemahan dan kepincangan yang pelbagai.

Sila memperbaiki dahulu beberapa kelemahan yang utama, barulah diadakan pilihanraya ke 13, demi rakyat, untuk rakyat dan kerana rakyat. PAS akan mengadakan mesyuarat khas bagi menimbang penyertaan dalam JK Khas Parlimen, kerana berpendapat, ianya tidak membawa sebarang makna sekiranya  ia diadakan setelah Perdana Menteri membuat kenyataan sedemikian.

Pada 24hb Ogos ini juga satu mesyuarat Pakatan Rakyat akan diadakan untuk membincangkan secara serius perkembangan muktahir ini bagi membuat satu keputusan bersama terhadap ketidakikhlasan Najib dan Barisan Nasional untuk melakukan reformasi sistem pilihanraya sebelum PRU ke 13 yang bakal menjelang.


Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat

Selasa, 16 Ogos 2011

Koleksi Terbaik Kenyataan Pimpinan UMNO Yang " Memperlekeh Undang2 Islam "




Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Undang-Undang Hudud. 

1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim. 

2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan. 

3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor. 

4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan. 

5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan. 

6. "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan. 

7. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa. 

8. "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." - Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa. 

9. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan. 

10. “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas. 

11. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO. 

12. “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan. 

13. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan. 

14. “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 April 1992, dalam kenyataannya kepada wartawan. 

15. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 18 Ogos 1991, dalam temubualnya dengan wartawan. 

16. “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 24 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.17. "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.” - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan. 

18. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.” - Dr. Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah. 

19. “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.” - Datuk Dr. Yusuf Nor, 6 Mac 1994 dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota. 

20. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.” - Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan. 

21. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama" - Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92. 

Artikel ini dipetik di http://www.perisik-rakyat.​com/2011/08/koleksi-terbai​k-pimpinan-umno-membela.ht​ml 

Bersama-samalah kita untuk "Mempertahankan Islam, Runtuhkan Jahilliyyah".

Sabtu, 13 Ogos 2011

Konvensyen P'raya PAS Pahang garis kemenangan PRU 13



Khairil Abdul Rahim   
TEMERLOH, 13 Ogos: Dengan jangkaan pilihan raya umum (PRU) 13 hanya dalam tempoh beberapa bulan dan PAS bersama Pakatan Rakyat pula berpotensi untuk mencipta kemenangan, satu konvensyen pilihan raya akan diadakan Rabu ini.

Konvensyen Pilihan Raya PAS Pahang yang dijadualkan pada 17 Ogos itu akan berlangsung di Markas Darul Amin, Sungai Gau bermula jam 8 pagi hingga 12 malam.

Menurut pengarah program Abdul Majid Hasan (gambar), pada majlis tersebut tiga tokoh PAS Pusat akan membentangkan pengarahan kerja serta motivasi iaitu Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah Pilihan Raya, Dr Hatta Ramli.

“Tema konvensyen yang sangat penting ini ialah ‘Sederap Menjana Kemenangan’ dan ia lanjutan daripada program retreat pilihan raya yang diadakan di Cameron Highlands baru-baru ini.

“Matlamatnya ialah untuk merangsang, menggerakkan dan mengaktifkan jentera serta petugas di semua peringkat parti
untuk kemenangan pada PRU 13. Juga menyediakan roadmap bertindak mulai Ogos 2011.

“Urusetia menjangkakan 1,000 peserta akan hadir yang terdiri daripada anggota Badan Perhubungan Negeri, Dewan-Dewan, Kawasan  PPPP, AIPP, DHPP dan Pimpinan Pakatan Rakyat Pahang,” katanya kepada Harakahdaily.

Abdul Majid yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pahang berkata, acara pada sebelah siang akan berakhir pada pukul 4 dengan penyerahan buku rumusan bertindak yang disepakati iaitu ‘Perincian Gerak Kerja Merujuk Resolusi Retreat’.

Pada sebelah malamnya akan diadakan tahlil dan iftar perdana, Solat Maghrib, Isyak, Tarawih dan diakhiri dengan ceramah perdana melibatkan ketiga-tiga tokoh.

Dalam pada itu Abdul Majid memberitahu, fokus PAS Pahang ialah untuk mendapatkan undi Melayu dan jika berjaya Pakatan Rakyat boleh mendapat majoriti mudah.

Tambahnya, ini tidak mustahil kerana 12 daripada 14 kerusi parlimen di Pahang merupakan kawasan Felda. Di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) pula, terdapat 25 kerusi kawasan Felda daripada 43 Dun keseluruhannya.

“Dengan peningkatan sokongan dibandar, sokongan bukan Melayu yang masih kekal, lonjakan kesedaran di kalangan peneroka Felda serta pelbagai kelemahan kerajaan negeri yang hangat diperkatakan, maka kita yakin Pakatan Rakyat boleh membuat kejutan dalam PRU akan datang asalkan pelan gerak kerja dilaksanakan di semua peringkat,” tegasnya.

Tambahnya, gelombang kebangkitan kemenangan Pakatan di Pahang bermula dengan konvensyen ini.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Negara Berkebajikan: Jahil feqah politik jadi punca


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Orang yang jahil terhadap feqah politik Islam terus menyatakan bahawa Negara Berkebajikan yang ingin dibawa oleh PAS adalah sama dengan pentadbiran kerajaan Malaysia yang ada pada waktu ini.
Malah, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ada yang menyatakan bahawa Negara Berkebajikan adalah sama dengan istilah welfare state yang diamalkan di negara Britain dan Sweden atau liberal welfare state yang diamalkan di Amerika Syarikat.
Justeru, katanya buku kecil Konsep Asas Negara Berkebajikan perlu lahir untuk memberikan penjelasan bahawa Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan oleh PAS adalah tidak sama dengan negara kebajikan (welfare state) yang difahami oleh kalangan pengamal sains sosial dan sains politik pada waktu ini.
“Apa yang ingin ditekankan dalam buku ini ialah bahawa pemahaman terhadap konsep Negara Berkebajikan perlu bermula dengan memahami makna, dasar, konsep dan cara pelaksanaannya melalui sumber asasi ajaran Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi panduan kepada seluruh agenda PAS mengikut perlembagaannya [Fasal 5(1) dan Fasal 7(1)] dan bukan hanya slogan politik pilihan raya semata-mata,” jelasnya dalam buku tersebut.
Hakikatnya, kata beliau bahawa Negara Berkebajikan adalah berbeza dengan Negara Kebajikan (welfare state)kerana banyak perbezaan dari segi dasar, objektif dan wawasannya walaupun terdapat sedikit persamaan tertentu dari aspek fizikal yang ingin dibangunkannya tetapi berbeza dari segi semangat rohnya.
Jelasnya, aspek fizikal mungkin ada kesamaan atau selari tetapi tamadun Barat meninggalkan aspek rohani atau pembangunan jiwa.
“Inilah yang difahami oleh umat Islam bahawa tugas manusia adalah untuk melaksanakan ibadah, amanah dan menegakkan agama dan seterusnya mentadbir urusan dunia menggunakan panduan agama dalam erti katanya yang sebenar dan universal,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Marang.
Menurutnya, Islam mengajar orang yang beriman bukan sahaja menerima yang terbaik daripada al-Quran dan as-Sunnah tetapi juga menerima pandangan manusia terbaik dan kebijaksanaannya walau dari mana sekalipun.
Ini, ujarnya dihuraikan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Kebijaksanaan itu laksana barang berharga yang jatuh tercicir kepunyaan seseorang yang beriman di mana sahaja sahaja dia menemuinya, maka dialah yang berhak memungutnya.
Beliau menambah, penjelasan yang ringkas melalui buku Konsep Asas Negara Berkebajikan tentunya tidak mencukupi, maka berkewajipanlah kalangan ilmuan Islam memanjangkannya dengan kajian yang lebih mendalam dan menyeluruh.
Justeru, tambahnya perbincangan dan seminar sama ada secara kecilan atau lebih besar wajar dijadikan suatu medium untuk mencambahkan lagi penbendaharaan ilmu dan maklumat mengenai Negara Berkebajikan yang menjadi kepunyaan kita semua.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Harga minyak dunia turun..apsal kat malaysia tak turun..kalu naik.dia naik..?


SATURDAY, AUGUST 6, 2011

Harga minyak mentah antarabangsa menurun ke paras USD86 setong pada Jumaat, mencatat magnitud penurunan terbesar dalam seminggu sejak Mei 2011, berikutan kekhuatiran pelabur terhadap ekonomi dunia yang diperlahankan.

Meskipun harga minyak mentah antarabangsa memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011, namun harga minyak RON 97 Malaysia yang diapungkan mengikut pasaran antarabangsa hanya diturunkan 10 sen pada Jun, dan tiada lagi pengumuman dalam tempoh dua bulan selepas itu.

Harga minyak RON97 telah meningkat sebanyak 85 sen dari Julai 2010 hingga Mei 2011. Penurunan pada 15 Jun 2011 membawa harga RON 97 ke paras RM2.80. Harga RON97 pernah mencatat paras RM2.90/liter pada Mei 2011. Dengan kata lain, RON 97 mencatatkan pertambahan sebanyak 75 sen dengan harga kini, jika dibandingkan dengan harga pada Julai 2010.

Harga minyak mentah mula memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011 sehingga kini, setelah mencatat paras USD120 setong pada April tahun ini.

Menurut laporan Reuters hari ini, harga minyak mentah Brent Crude telah menurun kira-kira 9% dalam minggu ini, sementara harga minyak U.S Crude pula menurun 10% dalam minggu ini. Ini kerana kebimbangan yang menyelubungi pasaran, bahawa US akan terperangkap dalam kemelesetan ekonomi, yang bakal menggugat keperluan petroleum. Selain itu, krisis hutang di Eropah juga menggugat harga minyak mentah.

Harga minyak U.S Crude menurun 6% pada Khamis, mencipta magnitud penurunan harian yang terbesar sejak 5 Mei 2011. Pada Jumaat ini, harganya menurun USD1.40 sehingga USD 85.23 setong, mencatat paras terrendah sejak 17 Februari 2011. Harga minyak Brent Crude pula menurun secara mendadak dengan USD6 pada Khamis, dan kini mengekalkan harga pada USD 107.25 setong pada Jumaat.

Barclays Capital yang paling optimis dengan perkembangan harga minyak mentah pada tahun ini, mengakui bahawa keperluan dunia dijangka akan diperlahankan. Bank pelaburan itu menganggar, keperluan petroleum dunia bakal bertambah 1.1 juta tong, mencatat 88.68 juta tong pada tahun ini.

Ia memperlihatkan perubahan sikap bank pelaburan ini. Sebelum ini, bank pelaburan ini menjangka pertambahan keperluan 1.56 juta tong minyak, malah pernah menjangkakan pertambahan 1.7 juta tong, dua bulan yang lalu.
*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, terjemah dan disunting dari teks asal.

BERSIH 2.0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...