Khamis, 29 September 2011

Hak PAS untuk Melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah Tidak dinafikan


 1.     Semalam, hampir 4 jam Pakatan Rakyat telah membincangkan hasrat PAS mahu melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah 11 di negeri Kelantan dalam keadaan penuh harmoni dan semangat toleransi yang seimbang. Sungguhpun mewakili anutan ideology dan agama yang berbeza, namun disiplin muafakat dan keterbukaan sikap diserlahkan dalam setiap hujjah dan perbahasan bagi memastikan Pakatan Rakyat bukan sahaja berupaya merungkai masaalah yang sedang dihadapi tetapi juga terus mendada, mendepani segala cabaran dan halangan yang mahu menggagalkan Pakatan Rakyat membuka ibupejabat pentadbiran kerajaannya di Putrajaya.

2.    PAS menyatakan hasratnya yang murni dengan penuh tertib dan jelas membawa maksud mahu melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah 11 di Kelantan bersulamkan hujjah yang bernas pula dari saff kepimpinannya yang diketuai oleh Yb. Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Sementara rakan – rakan parti kompenan Pakatan Rakyat yang terdiri dari DAP dan PKR mengemukakan pandangan balas mereka, mengimbangi kepentingan semua pula melatari scenario politik semasa.

3.     Akhirnya, kata sepakat dicapai dengan semua parti kompenan Pakatan Rakyat mempertegaskan untuk saling kukuh mengukuh dalam perkara yang dipersetujui bersama seperti objektif, agenda, dasar dan prinsip yang terkandung di dalam Buku Jingga. Sementara dalam perkara yang berbeza seperti teras ideology dan prinsip agama yang dianut meletakkan semua parti kompenan Pakatan Rakyat untuk saling hormat – menghormati antara satu sama lain.

4.    Statement ini adalah suatu yang telah didirikan di atas semangat muafakat yang luar biasa pula menepati ajaran Islam yang suci. Bagaimana Rasulullah saw pernah bangun berdiri tatkala dibawa lalu di hadapannya jenazah non muslim, lantas baginda saw. ditegur ekoran tindakan baginda saw berdiri menghormati jenazah tersebut. Baginda saw menjawab, bukankah ia juga manusia, dihormati sewaktu hidupnya dan dihormati juga sewaktu matinya.

5.    Menghormati tidak bermakna bersetuju. Sebagaimana Islam tidak pernah dan tidak boleh bersetuju dengan agama yang mensyirikkan Allah swt. namun Islam mengajar kita menghormati hak mereka untuk menunaikan ajaran agama yang mereka anut malah mereka tidak boleh sekali – kali dipaksa menerima Islam justeru Islam hanya sah dianut dengan yakin, sedar dan insaf. Demikianlah sebaliknya, mereka juga wajar menghormati hak orang Islam untuk mengamal atau melaksanakan tuntutan ajaran Islam meskipun mereka tidak bersetuju dengan ajaran Islam tersebut kerana menghormati tidak bermakna bersetuju.

6.    Menghormati bermakna tidak menghalang. Sebagaimana Islam tidak boleh menghalang non muslim melaksanakan hak dan ajaran agama mereka justeru Islam dituntut menghormati mereka, demikianlah sebaliknya mereka juga tidak menghalang hak orang Islam untuk mengamal dan melaksanakan tuntutan ajaran Islam seperti undang – undang syariah Islam.Inilah semangat dan ruh hormat – menghormati dalam perkara yang berbeza antara muslim dan non muslim.

7.    Sangat jauh bezanya jika kita melihat bagaimana UMNO dan BN melayan hasrat PAS untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah 11 di negeri Kelantan. Sejak awal dulu, pemimpin UMNO biarpun mengaku muslim sangat konsisten untuk menolak perlaksanaan syariat Islam ini. Sudahlah mereka menolak syariat itu, mereka juga bertindak lebih nekad dan biadab apabila turut menghalang PAS yang mahu melaksanakannyaUMNO gagal menjadi budak baik, apabila mereka tidak mampu melaksanakannya, dia halang dan marah pula orang lain yang mahu melaksanakannya.

8.    UMNO bukan sahaja gagal menjadi budak baik tetapi kelihatan sangat naïf dan gugup apabila tergesa – gesa Presidennya mengeluarkan komitmen enggan melaksanakan hukum Hudud yang menjadi sebahagian dari Syariat Allah swt sebaik sahaja disergah MCA yang mengancam mahu keluar dari BN jika UMNO melaksana hudud. Padahal MCA hanya acah – acah sahaja untuk meninggalkan BN kerana mereka terlebih awal tahu “perut pedal” UMNO sangat “istiqamah” menentang dan enggan melaksanakan hudud.

9.    PAS telah membuat pengisytiharan sejak 1993 [ sebelum wujudnya Pakatan Rakyat ] untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah 11 apabila Enakmen itu telah diluluskan di DUN Kelantan yang dikuasai oleh PAS pada waktu itu. Kemudiannya diperkukuhkan pula pengisytiharan itu pada tahun 2003 apabila Enakmen Jenayah Syariah tersebut dilulus dan digazetkan pula oleh DUN Terengganu apabila PAS menguasai negeri itu secara demokrasi.

10.  Pengisytiharan dan hasrat tersebut tidak pernah dinasakhkan [ dihapuskan ] malah Kelantan terus membina semangat dan mendidik rakyatnya dengan menganjurkan siri wacana, diskusi, forum bagi menjelaskan hukum jenayah syariah [ hudud ] secara terperinci.

11.   Terbaru, YAB Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar sekali lagi mempertegaskan hasrat untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah 11 setelah sekian lama tertangguh kerana berhadapan dengan pelbagai kekangan. Saya melihat penegasan itu bukan retorik atau gimik menghadapi pilihanraya justeru itulah yang diulang saban tahun, samaada tahun pilihanraya atau tidak. Sebaliknya penegasan itu datang dari iman dan taqwa beliau selaku seorang muslim, pula berilmu dan memiliki kuasa memerintah kerajaan negeri.

12.  Saya mewakili rakan – rakan EXCO Dewan Pemuda PAS Malaysia dan seluruh warganya sebulat suara menyokong langkah tegas YAB Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz untuk terus meraih redha dan keampunan Allah buat pemerintahan negeri Kelantan dengan melaksanakan apa yang telah menjadi perintah Allah swt. dan kami juga menegaskan bahawa kami bukan sekadar menyokong sebaliknya terus berjuang untuk memastikan hukum Allah swt ini akhirnya berdaulat di atas muka bumi ini khasnya di Kelantan.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan pemuda PAS Malaysia

Ahad, 25 September 2011

Hudud: Keris Umno tikam tuan


| Print |
Abdul Aziz Mustafa   
KUALA LUMPUR, 25 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan tindakan Umno menyerang PAS dengan isu hudud ibarat "keris makan tuan".

Ia kerana, sejak isu itu dibangkitkan dan pelbagai percanggahan pandangan antara pemimpin Umno menyebabkan parti komponen BN mula meragui pendirian Umno.

"Mungkin pemimpin tertinggi Umno fikir isu hudud boleh kuatkan kembali perpaduan BN.

"Tiba-tiba keris makan tuan apabila MCA dan Gerakan mengugut mahu keluar BN kerana isu hudud," katanya.

Bagi Mohamad, isu hudud membuktikan Umno tidak pernah belajar dari sejarah.

"Sejak berpuluh-puluh tahun terutama selepas PAS kembali memerintah Kelantan pada tahun 1990, Umno mempermain-mainkan isu hudud untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam kepada PAS.

"Tiba-tiba hari ini, Umno yang ditolak oleh majoriti pengundi bukan Islam.

"Lebih buruk lagi, parti-parti di dalam BN pula berbalah sesama sendiri kerana hudud," katanya.

Mohamad menegaskan, PAS tidaklah terdesak untuk menggunakan isu hudud dengan harapan isu interpretasinya terhadap sejarah akan tenggelam ketika Umno dan BN semakin berbalah sesama sendiri.

"Umno dan BN semakin berbalah sesama sendiri kerana tindakan mendakwa saya.

"Bukan setakat kenyataan kenyataan Naib Presiden MCA sahaja yang memberikan gambaran kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tidak cerdik kerana pendakwaan tersebut, malah beberapa tokoh Umno sendiri menemui dan menghubungi saya secara peribadi menyatakan rasa tidak setuju terhadap serangan-serangan seperti histeria semata-mata kerana interpretasi sejarah," kata beliau.

Semalam, Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata, tindakan mendakwa Mohamad boleh memberi negatif tanggapan terhadap kerajaan.

Mohamad seterusnya berkata, walaupun kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad cuba memberikan gambaran yang negatif terhadapnya, "tetapi orang melihat kenyataan bekas Perdana Menteri mendedahkan sifat tidak cerdik kerajaan Najib kerana pendakwaan itu".

"Malang Dr Mahathir, nak perli saya, Najib yang orang nampak tidak cerdik," kata Mohamad.

Sabtu, 24 September 2011

Rumah Peneroka Jenderak Selatan Musnah

Foto kebakaran rumah peneroka Felda Jenderak Selatan dan sumbangan dari Pas Kawasan Kuala Krau serta MTD Jenderak berupa peralatan memasak serta bantuan beras dan sedikit kewangan

Muhyiddin patut malu dengan kenyataan Bishop ini..


Saturday, September 24, 2011


Jika Muhyiddin Yassin berkata hukum hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia kerana menurutnya hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu. Kenyataan yang secara tidak langsung mengakui bahawa memang tidak wujud keadilan dinegara ini..Berlainan pula dengan pendapat seorang bukan Islam yang Majlis Ketua-Ketua Gereja Katholik Malaysia.

Dr Paul Tan Chee Ing, Presiden Majlis Ketua-Ketua Gereja Katholik Malaysia berkata Baginya adalah tidak betul bagi kerajaan menghalang Kelantan dan juga umat Islam di sana yang mahu melaksanakan suruhan agama mereka. Biarlah mereka laksanakan hudud jika itu yang mereka mahu kerana hukum tersebut hanya untuk umat Islam sahaja dan tidak melibatkan penganut agama lain.



Bishop Paul’s nuanced stance on HududBy Terence Netto

The reignited debate over the implementation of hudud law in Kelantan has drawn a nuanced response from what at first glance would be considered an unexpected quarter.

Catholic Bishop Dr Paul Tan Chee Ing, in his remarks made to Malaysiakini today, held forth on the subject and has come up with a stance he thinks is calibrated to meet the challenges the question of Islam poses to Malaysian society.

“One would think I should lack the presumption to weigh-in on the discussion, being non-Muslim and belonging to a religion that subscribes to the separation of the secular from the religious spheres,” being the titular head of Catholics in the Melaka-Johor diocese.“But Islam is, above all, a political question and support for syariah, of which hudud is a part, is an obligation for the Muslim. Therefore a non-Muslim citizen such as me and a religious leader at that ought to have a say on this matter,” asserted the Jesuit-trained prelate.“I say it’s time to allow Muslims in Kelantan, if they so desire, to implement syariah only for them and with that the hudud enactments provided non-Muslims are exempt from its implementation,” said the Bishop who is concurrently President of the Catholic Bishops’ Conference of Malaysia.“Between the contention that the Federal Constitution is a colonial imposition and the obligation of Muslims to support syariah, I say the wiser non-Muslim stance would be to hold that if syariah is what Kelantan Muslims want and if we are given a cast-iron guarantee that it will not be implemented on us, we would not object to Muslims wanting it,” he argued.

“Bear in mind, this is not a question that is going to go away but it is not a question that will continue to be framed in the same terms as it is today in Malaysia,” continued the Bishop. “What do I mean by this?” asked the cleric who obtained his doctorate from Ecole ’Etude Science Social’ whose degree is from Sorbonne, the ‘Harvard of Europe’ in medieval times.“You take the Arab Spring that has roiled nations in that arc from Tunisia to Syria. Do you see it as an Islamic uprising or a democratic insurgence? I hesitate to claim that it’s a democratic rising of peoples. You cannot tell for sure, but it is not specifically Islamic in character. I take the long view and see it all as part and parcel of the enduring debate between the Mutazilities and the Asharites in Islam.“The former holds that you need reason to explain the world; the latter that God does not need reason and that He is all power and will. I pray the Mutazilites win the debate. I don’t know if that extraordinary man, the Menteri Besar of Kelantan, is a Mutazilite or an Asharite. Sometimes he sounds like a Mutazilite, sometimes like an Asharite.

“But that ambiguity is a good thing. It shows he is not dogmatic. I say let him and all who hold with him have their way so long as non-Muslims have iron-clad guarantees of their exemption.”Bishop Paul Tan concluded his soliloquy this way: “I take the long view of history which is that the key question, in our times and in all times, is as the philosopher Nietzsche, incidentally an anti-Christian thinker, framed it: What is the fundamental constitution of reality?

“I claim that if your theological assumptions of reality are incorrect, you are headed for trouble in this world and that if they are correct, you will have the peace that surpasses all understanding. I am in favor of Kelantan Muslims having hudud implemented for them only.”

Malaysiakini

Khamis, 22 September 2011

Hudud: PAS akan ikut saluran, bukan sembrono




24 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Sept: Perlaksanaan hukum hudud hanya akan dibuat mengikut keadah demokrasi melalui saluran perundangan dan bukan secara memaksa, kata AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad.

Menurutnya, selain melepasi proses perundangan itu, PAS juga akan memastkan ianya diterima rakyat sebelum dilaksanakan.

"Saya nak jawab kepada Tun (Dr Mahathir), kita (PAS) akan mengambil pentas demokrasi melalui saluran legislatif dan bukan secara terpaksa atau melalui pintu belakang," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Tun M yang mencabar PAS Kelantan melaksanakan Hudud di negeri itu ekoran beliau yang disifatkan penghalang perlaksanaan itu sebelum ini, sudah tidak lagi menjadi perdana menteri.

Tun didakwa menghalang perlaksanaan undang-undang Islam itu di Kelantan melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu.

Kucar-kacirkan Pakatan

Mengulas lanjut berhubung perkara itu, Dzulkefly berkata beliau yakin tindakan Tun membangkitkan perkara itu kerana mahu memporak perandakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Lebih khusus lagi membabitkan PAS dan DAP yang selama ini kononnya dilihat beliau bercanggah besar dalam isu ini.

"Tapi kali ini congakan Tun silap. PAS tidak akan silap dalam menyatakan betapa kita komited melaksanakan apa jua cita-cita kami sebagai parti Islam, tetapi akan mengambil pelaksanaannya dalam garis demokrasi dengan laluan legislatif dan disokong oleh rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Kuala Selangor.

Biarpun Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir melalui suratnya itu menyekat pelaksanaannya.

Tambahnya, halangan melaksanakan undang-undang syariah Islam oleh BN bermula sejak 1965 lagi.

Ianya apabila Perikatan yang menguasai dua pertiga parlimen pada waktu itu meluluskan akta mahkamah syariah yang membataskan kuasa perlaksanaan undang-undang syariah menggunakan formula 356 iaitu 3 tahun penjara, denda tidak lebih RM5,000 dan sebat tidak melebihi 6 sebatan.

"Jika benar Tun dan pemimpin Umno tidak menghalang, kenapa (hudud) tidak diluluskan sewaktu BN menguasai dua pertiga parlimen ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri," soalnya.

harakahdaily/-

Ahad, 18 September 2011

24 jam selepas pendedahan, pengakuan PM Bangladesh dipadam


Sunday, September 18, 2011



KUALA LUMPUR: Laman web yang memapar pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi, dipadamkan hari ini.


Semakan Keadilan Daily pada jam 7 malam ini mendapati laman itu tertera: No item to show (tiada paparan kandungan) tetapi tiada alasan diberi. (Untuk lihat paparan halaman depan, klik ini)

Semalam, portal ini mendapati Sheikh Hasina dilapor berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu, selain diberi hak mengundi.

Berikutan itu, Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan berkenaan.

“Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.

“Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” katanya.

Sabtu, 17 September 2011

PKR minta siasat pengakuan PM Bangladesh



| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 16 Sept: Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi, lapor Keadilan Daily.
“Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.
“Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Beliau yang juga ahli Parlimen Kuantan berkata demikian apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd  - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.
Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.
Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.
Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Keratan laman web rasmi Pejabat PM Bangladesh (bawah).
 

Jumaat, 16 September 2011

ISA: PAS anggap kemenangan rakyat tapi gesa kerajaan mohon maaf



KUALA LUMPUR, 15 Sept – Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata pengumuman pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah satu kemenangan buat rakyat selepas desakan dan tuntutan bertubi-tubi parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan serta orang perseorangan agar penguatkuasaannya dibatalkan.
Bagaimanapun tegas beliau, selaras dengan pemansuhan undang-undang penahanan tanpa perbicaraan itu, kerajaan juga perlu meminta maaf kepada rakyat kerana menahan puluhan orang sepanjang lima dekad lalu.
“Ya, ini satu kemenangan bagi rakyat di mana kerajaan hanya tunduk apabila rakyat mendesak.. misalnya kami mengadakan gerakan anti-ISA dua tahun lalu.
“Pun begitu, apa yang penting, pada pandangan saya pentadbiran Najib perlu meminta maaf kepada seluruh negara kerana menguatkuasakan undang-undang ini sejak 1960,” kata beliau(gambar) kepada The Malaysian Insider.
Sehubungan itu beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, pihaknya akan terus mengenakan desakan agar Putrajaya memansuhkan undang-undang yang bertentangan dengan hak asasi manusia.
Dalam pada itu, Senator Ezam Mohd Nor mengucapkan syabas dan atas keberanian Najib melakukan reformasi politik.
“Komitmen Perdana Menteri luar biasa kerana jarang parti yang memerintah akan lakukan perubahan drastik, yang selalu kita lihat ialah laungan reformasi kosong dari orang yang dipecat atau hilang kuasa ataupun dari kelompok yang belum berkuasa,” kata bekas tahanan ISA ini.
Ezam menambah, hari ini Najib membuktikan pemerintah yang sedang berkuasa mampu untuk melakukan perubahan dan “saya sendiri amat bersyukur dan gembira dengan  keputusan Perdana Menteri.”
“Saya sertai BN parti pemerintah sebulan selepas reform berlaku daripada BPR ke SPRM, isu rasuah yang dekat dinadi perjuangan saya.
“Hari ini ISA dan OSA antara akta yang akan digubal dan dihapus, kedua-dua akta di mana saya pernah ditahan dan perjuangkan untuk perubahan,” kata bekas ketua pemuda PKR.
Presiden MIC Senator Datuk G Palanivel menyifatkan perkembangan ini sebagai perubahan mengikut peredaran semasa.
“Ia juga membuktikan bahawa kerajaan mendengar suara rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan ringkas.
Dalam pada itu, pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Md Shukri Shuib yang dipetik Bernama Online berkata, keputusan itu memperlihatkan keyakinan Najib terhadap keupayaan masyarakat, termasuk anggota legislatif pembangkang, dalam melaksanakan proses transformasi secara menyeluruh.
“Berdasarkan pemansuhan ISA ini, secara tidak langsung, badan eksekutif dah beri sebahagian kuasanya dalam soal keselamatan kepada badan kehakiman dan legislatif, termasuk kepada rakyat secara amnya.
“Dan sepatutnya, mereka dalam sektor perundangan negara termasuk peguam-peguam di Majlis Peguam, perlu lebih berdisiplin dan harus menjadi neutral secara total, jangan lagi ada dolak-dalik dan berselindung di sebalik kegiatan politik. Dalam aspek ini juga, komitmen juga harus diberikan pembangkang dalam menjayakan hasrat transformasi ini,” katanya.
Beliau juga berkata keputusan itu tidak seharusnya membuka jalan kepada pihak tertentu untuk melakukan kegiatan subversif, sebaliknya ia harus dilihat sebagai langkah tepat bagi mengukuhkan sistem demokrasi, berfungsi dan inklusif seperti yang dinyatakan Najib.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan khas  Hari Malaysia malam ini mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
Perdana Menteri berkata undang-undang baru itu akan digubal di bawah ‘semangat serta payung’ Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.
Dalam perutusan itu, beliau turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 selain akan mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan seksyen 27 Akta Polis 1967.
Mengulas lanjut, Md Shukri berkata seharusnya selepas ini tidak timbul lagi sebarang polemik nakal yang mendakwa sebarang langkah keselamatan oleh kerajaan adalah bersifat politik.
Selain itu, beliau berharap pembangkang mengemukakan alternatif bernas dalam proses penggubalan akta baru berdaya keselamatan yang lebih komprehensif dan bukan sekadar bermain sentimen politik.
Sementara itu, Presiden Makkal Sakhti Malaysia Datuk R.S. Thanenthiran berkata keputusan Najib membuktikan janji beliau ketika mula-mula memegang jawatan untuk menjadi ‘Perdana Menteri Rakyat’ benar-benar dilaksanakan.
Menyifatkan keputusan itu sebagai ‘sesuatu yang berani’, Thanenthiran berkata pemansuhan ISA sememangnya dinanti-nantikan oleh masyarakat.
“Ini satu transformasi yang begitu besar, begitu hebat, demi kesejahteraan rakyat, dan semua harus mengucapkan terima kasih atas ketelusan dan keberanian beliau.
“Saya percaya keputusan ini dibuat setelah pelbagai kajian dibuat dengan teliti dari semua aspek, masanya sesuai untuk pembaharuan. Dalam era kita menuju pemodenan, akta lapuk ini harus dimansuhkan,” katanya.
Beliau berkata keputusan itu bukan sahaja bakal melonjakkan imej BN malah Malaysia kerana masih ada negara maju yang mengamalkan ISA.
Sementara itu, Presiden Kelab Wartawan Kebangsaan Mokhtar Hussein menyambut baik keputusan kerajaan mengkaji semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 secara menyeluruh dan berharap ia akan membawa perubahan positif.
“Sebarang perubahan positif terhadap akta itu akan memberi lebih ruang kepada pihak media di Malaysia untuk berperanan secara lebih konstruktif tanpa rasa takut.
“Ia juga akan mengangkat standard kewartawanan di negara ini ke tahap lebih tinggi dan meningkatkan tahap integriti media untuk memainkan peranan yang lebih baik dalam sebuah masyarakat demokratik,” katanya.

Sabtu, 10 September 2011

Kalau tak pernah dijajah, kenapa sambut merdeka



| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 9 Sept: “Kalau kita tak pernah dijajah, buat apa sambut merdeka?” tanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam bidasan sinis sebagai reaksi spontan kepada kenyataan sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang berhujah bahawa berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu ‘tidak pernah terjajah’, sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.
“Sekiranya benar begitu, jadi maksudnya 31 Ogos 1957 bukanlah tarikh merdeka. Jadi Dr Zainal secara tidak langsung nak bagitahu rakyat dah terkena tipu 54 tahun oleh Umno ke?” sindir beliau lagi.
Malaysiakini melaporkan bahawa Zainal berhujah berkata “fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British).”
“Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.
Beliau turut mendakwa adalah kesalahan yang amat besar jika rakyat menyebut negara kita terjajah selama 400 tahun kerana menurutnya sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.
"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.
"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.
"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," Malaysiakini memetik beliau sebagai berkata.
Berdasarkan hujah Zainal, Tuan Ibrahim bertanya secara sinis ‘adakah tarikh merdeka sebenar ialah apabila Jepun kalah dalam Perang Dunia ke 2?’
“Rakyat semakin ‘fening’ di bawah pemerintahan Umno. Sebenarnya ini menandakan bahawa pemikiran rakyat masih terjajah dengan pelbagai fakta mengelirukan,” kata beliau.
Sementara itu, bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyindir hujah yang dibuat Dr Zainal.
“Prof Zainal Kling kata bahawa 'kita tidak pernah dijajah, siapa kata kita pernah dijajah itu kesalahan besar'..ertinya selama ini ramai yang tertipu..seruan menghalau penjajah, bebas dari penjajah, merdeka dari penjajahan itu semua itu tidak benar.. satu kesalahan besar..” tulis beliau secara sinis di laman Facebooknya.
“Kemerdekaan lawan bagi kehambaan atau penjajahan..ertinya tiada hari merdeka yang sebenar..kita tidak pernah dijajah..buku sejarah mesti diubah semula..entahlah..siapa yang hendak berteori silalah lagi..macam-macam ada..” tambah beliau lagi.
Sementara itu, Ketua Pengarang Siasah, Mohd Sayuti Omar turut menyindir Zainal dengan soalan-soalan bertubi di blognya.
“Saya ingin tanya profesor yang mahir sejarah itu, apakah yang dilakukan oleh British semasa mereka melindungi Tanah Melayu dalam tempoh itu mereka tidak melaksanakan kerja-kerja menjajah Tanah Melayu.
“Siapa yang mengawal kewangan, hasil bumi serta menjaga keselamatan? “Bukankah pihak British. Apakah pengertian dilindingi berbanding dengan dijajah?
“Bukankah British melantik suruhanjayanya di negeri-negeri yang bertindak menjadi Pegawai Daerah yang mempunyai kuasa eksekutif?
Apakah hanya kerana tidak ada catatan itu maka ia diterima sebagai tidak kena dijajah atau digoreng oleh British. Semudah itukah penerimaan dan pentafsiran kita. Bukankah selama 'melindungi' itu penjajah membunuh ramai pahlawan Melayu, seperti Tok Janggut, Tok Sago dan lain-lain?
“Atau sejarah baru akan ditulis oleh Zainal dan sekutunya akan membuangkan pengikhtiraf mereka dibunuh penjajah itu sebagai penderhaka atau dalam semangat sehari dua ini komunis?” soal beliau lagi.
Jika benar apa yang dihujahkan Dr Zainal, Sayuti bertanya bagaimana pula dengan hakikat negara menyambut hari kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun?
“Kenapa tidak disebut atau Prof Kling maaf Zainal Kling mencadangkan kepada kerajaan ditukar menjadi sambutan hari ditidak dilindungi? Seharusnya beliau menerusi sekutunya sudah lama membuat cadangan dan bantahan apa dilakukan kerajaan itu?” soal beliau dengan sinis.

Selasa, 6 September 2011

Ketokohan Mat Indera Di Iktiraf.. Ini Buktinya


Selasa, September 06, 2011



Mat Indera

Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik “Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni”. Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau.


Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!


Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera

Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato’ Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.


Siapa Mat Indera

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.


Mat Indera dan Bukit Kepong
Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.

Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.


Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan

Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.

Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, “proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari ‘kebenaran’”.

Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama’ dan golongan yang “bukan UMNO” turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato’ Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan. Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.

Rasional bukan emosi 

Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang.

Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa “Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan”. Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut “Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? …Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang”. Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2011/09/ketokohan-mat-indera-di-iktiraf-ini.html#ixzz1XAFw5RHT

Ahad, 4 September 2011

Sapa Halau Penjajah British?? Umno ke?

Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?

Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.

Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.

Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu

Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi [Jgn la mencarut] British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.

Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.

Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.

Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)

Apakah Onn Jaafar nasionalis?
Apakah Tunku nasionalis?

Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi [Jgn la mencarut] British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar ‘... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....’ Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.

Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.

United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.

Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.

Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British merekaTIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.

Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.

Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah [Jgn la mencarut] setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.

Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.

Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.

Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi [Jgn la mencarut] British.

Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.

Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.

Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.

Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong.

BERSIH 2.0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...