Rabu, 28 Oktober 2009

Perasmian Markas MTD Jenderak,PAS Kawasan Kuala Krau

Pada 22hb Okt 2009 yang lalu,solat hajat sempena pembukaan rasmi markas MTD Jenderak telah disempurnakan oleh YDP Pas Kawasan Kuala Krau,Dato Tuan Ibrahim Tuan Man merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang yang juga merupakan Naib Presiden PAS Pusat.

Solat hajat di imamkan oleh Ketua Urusan Ulamak Kawasan Ustaz Ahmad Nafiri M ohd Toazi.

Antara tamu yang hadir dalam majlis tersebut ialah semua Ahli Jawatankuasa Kawasan,Ketua Cawangan dalam DUN Jenderak dan ahli ahli cawangan Pekan Kuala Krau.

Majlis diakhir dengan jamuan NasiBeriani selepas doa selamat yang diaminkan oleh semua hadirin

Dalam kenyataannya beliau mengucapkan tahniah kepada Pengarah dan semua ahli jawatankuasa MTD Jenderak kerana berjaya menubuhkan markas PAS dalam DUN Jenderak,yang sudah lama diimpikan kewujudannya oleh ahli ahli PAS, serta pimpinan PAS Kawasan di pekan /bandar Kuala Krau ini.

Sahubungan dengan itu kewujudan Markas ini akan memberi syiar kepada kebangkitan Islam dalam kawasan yang sekian lama telah dimonopoli oleh parti lawan.

Untuk makluman semua alamat markas MTD Jenderah ialah No 16, Tingkat Atas Bangunan Zainalali, Jalan Jerantut, 28050 Pekan Kuala Krau, Temerloh, Pahang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERSIH 2.0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...