Sabtu, 2 Oktober 2010

UMNO Tipu Melayu Lagi


Kuala Krau-30hb Sept.2010 Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapannya semasa menghadiri Jamuan Hari Raya peringkat MTD Jenderak mendedahkan bahawa Pak Imam,Pak Bilal di seluruh Negeri Pahang malah semua Pegawai Agama, Guru Guru Agama Kerajaan Negeri Pahang, telah lama makan duit hasil judi yang beroperasi di Genting malah seluruh hasil cukai dari kedai jualan TOTO,4 Nombur Ekor dalam Negeri Pahang apabila MB Dato' Adnan Yaakob enggan mewujudkan akaun berasingan hasil dari sumber tidak halal dengan hasil dari sumber yang halal bagi orang Islam apabila diusulkan dalam Dewan Undangan Negeri oleh beliau pada persidangan tahun 1999 lepas.

Isu ini timbul apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi duit ehsan kepada Warga Emas RM 100 saorang,mak cik dari ahli UMNO pulangkan wang kepada UMNO sepatutnya pulangkan semula kepada Kerajaan Negeri. Wakil rakyat dari UMNO yang menerima Elaun dari Kerajaan Negeri Tidak pula sibuk nak pulangkan duit yang diterima.Orang Melayu yang tua tua saja diberitahu duit yang diberi haram.

Lesen judi dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan segala hasil cukai dikutip oleh Kementerian Kewangan,duit ini tidak pula haram ?, gaji yang dibayar tidak ada saorang pun yang mempertikaikan.Melayu mudah lupa kena tipu lagi sekali .

"Kita cabar kerajaan Negeri Pahang sila tutup premis premis judi diseluruh Negeri Pahang seperti Negeri Kelantan, kita cabar Kerajaan Persekutuan sila Mansuhkan lesen lesen Perjudian diseluruh negara" katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERSIH 2.0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...