Sabtu, 29 September 2012

Soalan BERSIH Sek di Johor VS Soalan Untuk Pengundi



Di Atas keratan soalan sebuah Sekolah di Johor yang terlibat mengeluarkan kertas peperiksaan berunsur politik dengan memuatkan soalan berhubung perhimpunan BERSIH.
dan di bawah Soalan untuk para pengundi Malaysia pula agak-agak anda yang mana lagi sesuai untuk percambahan minda?


1. Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
C. Presiden UMNO

2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?
A. Negeri UMNO
B. Negeri PAS (Kelantan)

8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ?
A. UMNO/BN
B. PR

9. Siapakah yg me'lego' telaga minyak pada Berunai berjumlah 300 billion ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

11. Siapakah yg memberi arah supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu ?
A. Presiden PAS
B. Presiden DAP
C. Presiden UMNO

12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

13. Siapa yg menolak hukum HUDUD selama ini ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

14.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

15. Siapakah yang menghapuskan kekebalan dan kuasa Raja Raja melayu sehinggakan boleh dibicarakan Raja2 di Mahkamah?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

Dan soalan cepuemas
Siapakah bela lembu dalam kondo?

A. Anwar
B Nik Aziz
C Kak Ijat

Jumaat, 6 April 2012

Hapus PTPTN dan Pendidikan Percuma Rasional atau Tidak ?

Antara manifesto pakatan rakyat sempena PRU13 yang bakal menjelma adalah umtuk memberi pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia oleh itu mari kita selami Rasional atau tidak?Baca dan fikir-fikirkan.

1. Isu penghapusan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional [PTPTN] semakin rancak apabila reaksi mahasiswa dan anak muda terhadap tindakan kerajaan menafikan hutang Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta. Tan Sri Tajuddin menyebabkan liabiliti tanggungan RM8 bilion. YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak memutuskan hutangnya sebanyak RM589 juta kepada Dana Harta dihapus kira walaupun tiga tahun lalu mahkamah memerintahkan beliau melangsaikannya.

2. Berbangkitnya isu PTPTN oleh anak - anak muda dewasa kini, juga ekoran tindakan PTPTN bermaharajalela melebihi Bank dan dilihat menindas graduan. PTPTN tidaklah dilesenkan sebagai sebuah institusi kewangan di bawah peruntukan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan, apatah lagi tidak dikawal selia di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia. Kalau kita disenaraihitamkan oleh bank kerana tidak membayar hutang, samaada hutang rumah atau kereta, mereka dakwa kita di mahkamah mengikut prosedur, dan kita masih boleh ke mana-mana hatta ke luar negara sekali pun.

Along Negara.

3. Malangnya kes PTPTN ini, sebagai contoh pada 8 Jun 2011, Mandeep Singh [ isu pelajar UNISEL ] telah menjelaskan tunggakan sebanyak RM2,330.82 dan PTPTN telah mengesahkan pembayaran tunggakan itu, tetapi 6 Julai 2011 pelajar terbabit ditahan di LCCT oleh pegawai Imigresen kerana disenaraihitamkan dalam sistem komputer Jabatan Imigresen Malaysia. Insiden ini menyebabkan PTPTN dilihat tidak ubah seperti Along berlesen.

4. Along berlesen ini terus menjadi igauan ngeri yang sering menghambat keselesaan hidup anak muda yang terlibat. PTPTN asalnya bukan wajib dipinjam, ia adalah optional disamping biasiswa negeri dan JPA. Namun wang PTPTN terpaksa dipinjam kerana ibu bapa tidak terdaya menanggung bayaran pengajian dan kampus yang tinggi. Sehingga kini negara mempunyai 1.8 juta peminjam PTPTN dan mereka ini antara golongan muda yang berumur 20 hingga 35 tahun. Tapi lihatlah apa musibah PTPTN ke atas mereka :

a] Purata sehari seramai 60 peminjam PTPTN ditahan Imigresen di lapangan terbang antarabangsa.

b] Seramai 69,573 daripada 104,083 peminjam yang disaman oleh mahkamah sehingga Oktober 2011, kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka. (66.9% disaman)

c] Sehingga September 2011, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion iaitu 48.34% berbanding RM6.04 bilion, jumlah yang sepatutnya diperolehi, maka seramai 132,801 pelajar telah disenarai hitamkan dan tidak boleh keluar negara kerana tidak menjelaskan pinjaman.

Kurangkan beban rakyat

5. Justeru telah menjadi suatu yang telah diketahui umum bahawa komitmen Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara ialah menjaga kebajikan rakyatnya serta dalam masa yang sama memastikan pendapatan negara melalui pertumbuhan ekonomi sihat dan subur.

6. Maka saya melihat Kerajaan Pakatan Rakyat kelak sangat berpotensi untuk melunaskan komitmen tersebut melalui pembentukan sebuah pentadbiran yang adil, amanah, telus dan berintegriti atau menepati piawaian sebuah kerajaan yang disebut sebagai Good Governence.

7. Kerajaan selayaknya menjadi Payung Rakyat bukan menjadi Along Negara yang menghambat rakyat. Guna kekayaan anugerah Allah kepada negara kita untuk rakyat dan bangunkan negara melalui pembangunan yang memulangkan manafaat kepada rakyat terbanyak bukan hanya kepada kelompok elit dan kroni. Sebelum ini, sejarah Kerajaan UMNO dan BN sering dilihat menggunakan wang negara bernilai tinggi untuk bailout dan menjaga kepentingan syarikat GLC dan kroni yang mengalami kerugian besar dan hampir bankrap. Sebagai contoh mudah ialah :

a] MAS yang rugi sebanyak RM478 juta dan kerugian bersih setakat ini, sebanyak RM 1.2 billion. Bagaimana syarikat MAS mampu survive jika tanpa campur tangan kerajaan yang menyokong syarikat berkerugian besar ini ? persoalan lain yang berkaitan ialah bagaimana syarikat yang sepatutnya membawa pulang keuntungan besar tiba - tiba mengalami kerugian berskala besar pula ?

b] Syarikat milik penuh kerajaan Malaysia, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dilaporkan telah membeli Tanjong Energy Holdings, sebuah syarikat penjanakuasa bebas milik Ananda Krishnan yang memiliki loji janakuasa di serata Asia. Dilapor oleh The Singapore Straits Times bahawa 1MDB telah mengambil alih kepentingan Ananda dalam Tanjong Energy pada nilai RM8.5 Bilion.

c] Menyuntik modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik UMNO, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCBB)

d] Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta

e] Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom

f] Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS

g] Memaksa Petronas membeli saham Proton dan ambil alih Litar Sepang

h] Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tan Sri Tajuddin Ramli yang bernilai RM 1.8 bilion

i] Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerajaan melalui Dana Harta

j] Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80% saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation

k] Mamaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.

l] Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.

8. Melalui pentadbiran jimat cermat dan bebas rasuah, saya berkeyakinan Kerajaan Pakatan mampu melunaskan komitmen yang diberi. Selama ini, dibawah pentadbiran UMNO dan BN, dana negara tiris dan bocor lalu mengalir ke longkang projek yang tidak mendatangkan manafaat kepada rakyat terbanyak. Sebagai contoh : [ wang negara boleh dijimatkan jika tiada perkara ini ]

a] Projek Menara 100 tingkat

b] kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya bakal menelan RM65 juta untuk kos tambahan dan pengubahsuaian, menjelaskan bagaimana peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri memecah rekod dengan catatan RM 15.8 bilion.

c] PERMATA [Rosmah] projek tanpa hasil signifikan kepada pembangunan negara. Perlaburan yang kabur dan tiada pulangan dalam masa terdekat.

9. Realitinya, sejumlah RM 28 bilion kerugian yang terpaksa ditanggung oleh negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa sebagaimana yang dinyatakan dalam Laporan Audit Negara 2009. Jika ketirisan wang negara [peruntukan kerajaan] dapat dikawal, RM 28 bilion dan untung Petronas RM 90 bilion sepatutnya mampu untuk meringankan beban rakyat terutama dalam menjamin masa depan pendidikan rakyat.

Bagaimana PTPTN boleh mansuh.

10. Sebenarnya tidaklah sukar untuk melihat PTPTN ini dimansuhkan. Justeru PTPTN adalah simptom akibat tradisi korporat, komersial dan kapitalisme dalam kampus tempatan sehingga menyebabkan pendidikan tinggi sebagai suatu perjudian sehingga mahasiswa dan keluarga mereka terpaksa bergolok gadai.

11. Jika Pakatan Rakyat benar - benar mampu mengawal pentadbiran dan dana negara dari pembaziran, rasuah, ketirisan dan penyelewengan ditambah pula keupayaan menjana pertumbuhan ekonomi sihat dan subur, maka kerajaan boleh menyediakan pakej kos pengajian tinggi yang paling minima dan tidak membebankan, malah boleh sampai ke peringkat menyediakan tawaran pendidikan percuma kepada rakyat. Apabila ini boleh dilakukan dan sepatutnya kerajaan boleh melakukannya, maka dengan sendirinya tiada siapa yang akan pergi menjerut leher di pintu masuk PTPTN.

Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi .
Suatu Sorotan .

12. Kelihatan retorik dan tidak relevan tetapi ia [pendidikan pengajian tinggi percuma] adalah suatu kewajipan asas bagi sesebuah kerajaan adil perlu diberikan kepada rakyat. Negara Libya [era Gaddafi ] pernah mencipta rekod pendidikan percuma dan elaun khas untuk mahasiswa yang berjaya ke menara gading. Libya hanya memutar wang minyak sahaja kepada kebajikan rakyat bukan melalui sumber lain selain polisi kerajaan untuk berjimat.

13. Belum ada kes atau rujukan negara yang muflis atau mundur kerana pendidikan percuma, sebaliknya pendidikan tinggi adalah modal pembangunan kerajaan bahkan negara akan mudah maju dan makmur jika ramai mahasiswa dapat dihasilkan.

14. Mahasiswa atau graduan yang kurang atau tiada hutang akan menjadikan mereka lebih fokus untuk memajukan diri, industri dan negara bukan sekadar bekerja over time siang malam untuk memikirkan hutang keliling pinggang. Natijahnya mahasiswa yang gradusi dengan hutang tinggi akan menghasilkan modal insan robot yang bekerj untuk tembolok sendiri.

15. Negara yang mengekalkan pelaksanaan pendidikan percuma sehingga peringkat pendidikan tinggi ialah :

Sweden
Norway
Finland
Arab Saudi,
Kuwait
Cuba
Sri Lanka

16. Selepas yuran kampus dihapuskan, tiada lagi keperluan institusi kewangan atau tabung tertentu untuk memenuhi kehendak kapitalisme menara gading. Jua tidak lagi perlu berhutang dari Along Negara dan Along Negara bolehlah gulung tikarnya.

Contoh pengiraan [Universiti Malaya]

a] 20,000 orang pelajar dengan yuran sebanyak RM3,000 setahun.

b] RM3,000 x 20,000 orang berjumlah RM60 juta.

c] Jumlah IPTA terkini 20 buah :

1. Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur,
2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor,
3. Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor,
4. Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang,
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor,
6. Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang,
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), KL,
8. Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah,
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak,
10. Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah,
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak,
12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), N9,
13. Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor,
14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu,
15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor,
16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka,
17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis,
18. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Terengganu,
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan,
20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), KL

d] 20 buah x RM 60 juta = RM 1200 juta [RM 1.2 bilion]

17. Jumlah ini masih mampu ditanggung kerajaan jika pembelian atau bailout syarikat kroni tidak dilakukan secara berleluasa serta wang tiris dikawal sementara wang untung seperti yang dihasilkan oleh Petronas diurus secara telus. Rakyat terbanyak akan mendapat manafaat dari konsep Negara Berkebajikan yang jelas menepati kehendak Allah swt dan melandasi WahyuNya.

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka ( pintu pengurniaan rezeki ) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Surah al A'araaf : 96

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sabtu, 21 Januari 2012

Perutusan Tahun Baru Cina Presiden PAS



Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,21 Jan 2012
Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan disambut oleh masyarakat Tionghua di Malaysia dan di seluruh dunia minggu ini, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengucapkan selamat menyambut hari kegembiraan tersebut. Perayaan yang turut melibatkan majlis makan besar dalam keluarga besar merupakan satu nilai positif yang juga turut disanjung ajaran Islam. Islam juga  menggalakkan hubungan kekeluargaan dipereratkan, malah jika sudah memeluk Islam sekalipun, hubungan kekeluargaan tidak pernah putus khususnya dengan kedua ibu bapa mereka.
Apa yang malangnya ialah pemerintahan negara selama puluhan tahun ini masih belum mampu mewujudkan perpaduan nasional yang mantap. Malah hidup dalam kegelisahan akibat permainan politik perkauman pihak pemerintah. Bahkan hubungan masyarakat Tionghua di Tanah Melayu ini telah wujud seawal pemerintahan kerajaan Islam Melaka melalui hubungan diplomatik Laksamana Cheng Ho dengan kerajaan Melaka.
Masyarakat Tionghua di Malaysia merupakan kelompok kedua terbesar di negara ini dan memberi kesan terhadap politik dan sosial negara. Perubahan yang mereka lakukan dalam pilihanraya ke-12 yang lalu membuka lembaran baru politik negara yang menyentak keselesaan pemerintah di peringkat pusat. Perubahan yang dilakukan adalah untuk melihat negara maju ke hadapan dan keluar daripada politik usang yang menindas, diskriminasi dan zalim kepada rakyat kepada politik yang adil dan saksama sesama rakyat.
Namun ianya belum cukup merubah keseluruhan sistem 'usang' negara dan menginsafkan pemimpin pusat yang terus menerus menindas negeri-negeri dan rakyat. Maka tibalah masanya kita membuat perubahan total diperingkat kerajaan pusat. Maka sekali lagi masyarakat Tionghua adalah penting dalam mengekalkan dan meningkatkan undi mereka kepada Pakatan Rakyat dan seterusnya bersama membina negara yang adil untuk semua.
PAS akan sentiasa menghormati dan mengiktiraf kehadiran dan peranan masyarakat Tionghua di Malaysia dalam membentuk sebuah kerajaan yang lebih adil dan makmur. PAS juga kini melalui Kelab Penyokongnya telah berjaya menjalin hubungan baik dengan masyarakat Tionghua khususnya dalam saling faham-memahami dan hormat-menghormati serta saling tolong-menolong di antara satu sama lain. Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan.
Gong Xi Fa Cai kepada semua.
Presiden PAS

Jumaat, 20 Januari 2012

Khalid Ibrahim Exco Agama Selangor - Apa Kata Khalid Samad




SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil pertimbangan yang tepat apabila mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam agar institusi agama Islam di Selangor iaitu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dapat dipantau beliau sebaik mungkin.


Timbalan Pesuruhanjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad berkata, dengan kedudukan sebagai Menteri Besar, sudah pasti Abdul Khalid boleh mengendalikannya dan meluruskan perkara yang ‘bengkok’ dalam Jais dan Mais termasih soal zakat dan isu-isu yang ditimbulkan tetapi tidak diberikan jawapan wajar.

“Kalau diletakkan orang baru, kita khuatir dia mungkin akan dipermainkan oleh Umno yang akan menggunakan Jais dan Mais untuk kepentingan mereka dan itu akan menimbulkan masalah tetapi kalau Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) yang pegang, baru bertemu buku dengan ruas,” katanya.

Khalid berkata, lebih elok portfolio itu dipegang Abdul Khalid kerana beliau lebih arif dan berpengalaman mengendalikan berbanding individu lain yang memerlukan masa untuk menguasai portfolio tersebut.

“Tiada masalah Menteri Besar pegang kerana pilihan raya dijangka sudah menghampiri, Exco yang diberi tanggungjawab memerlukan masa untuk menyesuaikan dan memahami selok belok portfolio berkenaan. Ia akan menjadi sedikit masalah bagi orang baru untuk mengendalikannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, kenyataan Pas dipinggirkan apabila Abdul Khalid mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam hanyalah andaian pihak media.

“Tidak timbul soal Pas dipinggirkan kerana itu adalah andaian pihak media untuk memainkan isu sahaja. Setiap keputusan yang dibuat (oleh Abdul Khalid), yang sudah pun diperincikan dalam mesyuarat parti,” katanya.

Beliau berkata, rombakan dan pertukaran portfolio bukan suatu perkara yang mengejutkan kerana setiap kali sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, soalan ditujukan kepada Abdul Khalid.

“Itu jelas menunjukkan semua portfolio adalah tanggungjawab Menteri Besar. Kita harus faham, apabila disebut Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri, kebertanggungjawaban terletak di bahu menteri besar,” katanya.

Rabu, 18 Januari 2012

Hasan Ali dan parasit


Opinion

Mujahid Yusof Rawa is MP for Parit Buntar and PAS National Unity Committee chairman.


January 18, 2012
18 JAN — Memecat ahli dalam mana-mana parti politik adalah suatu perkara yang lumrah kerana perlembagaan parti memperuntukkan satu bab penting iaitu tentang disiplin parti, tanggungjawab ahli dan kuasa-kuasa yang ada pada Presiden untuk melaksanakan tugas memelihara kepentingan parti.
Mungkin yang menjadikan ia suatu isu ialah kedudukan dalam parti ahli yang dipecat, selain dari itu pemecatan atau penggantungan atau amaran lisan adalah tindakan-tindakan yang normal dalam suasana sesebuah parti politik. PAS tidak terkecuali dari norma organisasi ini dan apa yang berlaku kepada Datuk Hasan Ali adalah sebahagian daripada rencah-rencam kehidupan sebuah organisasi politik.
Jikalau kita menyusuri sejarah PAS, tindakan disiplin selalu berlaku atas beberapa cetusan antaranya ialah permasalahan yang dihadapi di peringkat cawangan dan kawasan atau negeri, lazimnya ia berlaku atas kapasiti konflik individu lawn individu. Ada juga tindakan disiplin diambil atas dorongan kelompok tertentu tidak mematuhi keputusan-keputusan yang dibuat dan cuba membawa fahamannya tersendiri di peringkat kawasan atau cawangan, konflik ini dikenali sebagai kumpulan vs kumpulan.
Di peringkat atasan selalunya konflik berlaku di atas sebab-sebab yang lebih strategik seperti tidak bersetuju langkah-langkah strategi yang diambil oleh parti dan selalunya dikaitkan keputusan strategi yang diambil dengan pertembungan kepentingan dasar utama parti. Alasan-alasan yang diberi akan menyinggung soal prinsip parti yang dilihat tergugat serta diperincikan alasan-alasan tersebut dengan tuduhan-tuduhan wujudnya kelompok tertentu dalam parti yang cuba menguasai kepimpinan.
Amat menarik untuk diberi perhatian bahawa semasa Datuk Mohd Asri Hj Muda dipecat dan beliau merupakan Presiden PAS ketika itu, isunya ialah soal strategik juga di mana Asri mempertikaikan penguasaan parti itu dikatakan didalangi oleh kumpulan radikal yang terpengaruh dengan revolusi Iran dan PAS telah menjadi radikal tersasar dari landasan PAS ketika itu.
Apa yang gagal difahami oleh Asri ketika itu ialah PAS sedang melalui proses pembaharuan fikrah Islam yang lebih jelas dan transformasi PAS menjadi Gerakan Islam yang melihat kesyumulan perjuangan dan bukan sahaja di medan siyasah. Kegagalan Asri ketika itu memahami tuntutan semasa dan masih dalam kepompong lamanya menyebabkan kritikan dan penentangannya kepada perubahan ini dibayar dengan harga yang mahal apabila PAS ketika itu sudah bersiap sedia memperkemaskan dirinya dalam bentuknya yang baru ketika itu.
Corak dan riak-riak pemecatan Hasan hari ini saling tidak tumpah seperti yang dilalui oleh Asri, kegagalan Hasan memahami realiti transformasi politik PAS hari ini yang berusaha untuk menyesuaikan dirinya dalam perkembangan-perkembangan terkini menyebabkan Hasan menjadi mangsa jerat mindanya sendiri.
Hasan juga gagal menghayati dinamika PAS yang hingga hari ini mampu terus bernyawa walaupun telah melalui berbagai cabaran untuk PAS sampai pada tahapnya hari ini. Alasan Hasan bahawa PAS telah lari dari perjuangannya, sama sahaja nada yang pernah disebut oleh Asri seketika dahulu, bezanya Asri menuduh PAS dikuasai radikal Iran, Hasan menuduh adanya golongan Parasit dalam PAS yang “meraikan” rakan lebih daripada perjuangan parti. Semua gara-gara pendekatan politik PAS memilih untuk tidak bersama Umno dan meneruskan agenda usaha Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Nasional hari ini.
Pengaruh Asri sudah tentulah jauh lebih besar dari Hasan, siapalah Hasan berbanding dengan Asri dalam PAS dan kerana itu pemecatan Asri diikuti dengan kumpulan 13 yang lain di mana hampir separuh daripadanya adalah merupakan AJK PAS Pusat. Ini tidak termasuk kawasan-kawasan lain mampu dipengaruhi Asri.
Adapun Hasan, katanya dalam seminggu lagi akan ada penyokong-penyokongnya dari PAS yang akan bersamanya, namun saya agak skeptikal kerana seperti mana yang saya sebutkan siapalah Hasan yang mampu mengumpul orang di belakangnya? Kalau orang-orang Perkasa atau Umno entahlah?
Arus bawah yang mendasari bibit-bibit krisis ini ialah kocakan-kocakan yang sebenarnya menandakan kemunculan PAS yang lebih terkini mendepani perubahan lanskap politik semasa. Saya kira bukan Hasan sahaja, siapa yang gagal memahami kemunculan ini dalam bentuknya yang begitu laju dan dinamik pasti akan terjerat dalam perangkap minda masing-masing.
Dan sememangnya tidak pelik jikalau Umno akan kipas isu PAS lari dari perjuangan (seperti mana mereka lakukan ke atas Ustaz Nakhaie Hj Ahmad yang masih bercakap dengan nada yang sama) kerana Hasan adalah alat terbaik yang dapat menjalankan tugas-tugas Umno khusus bagi cover up isu pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari baru baru ini.
Seperti kes Asri, walaupun ada sedikit kocakan tetapi krisis ketika itu memberi peluang kepada PAS untuk mencipta kemunculan baru dalam bentuk kepimpinan ulamak yang telah melakarkan pencapaiannya tersendiri.
Seperti biasa PAS akan terus mantap kerana sudah menjadi penerimaan umum ahli PAS bahawa pemimpin datang dan pergi namun perjuangan ini tetap akan meneruskan cita-citanya. Seperti lirik lagu PAS yang berbunyi “....suburlah hidupnya dan pasti berbuah...”
* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Selasa, 10 Januari 2012

Isu Dr Hassan Ali, Usah Peduli dan Ahli Disaran Tumpukan Perjuangan




PONTIAN - Para pendokong gerakan Islam (PAS) negara ini disaran tidak gelabah dan sibuk membicarakan kemelut yang melanda parti itu ekoran isu terbaru yang membabitkan Datuk Dr Hassan Ali, bekas pesuruhjaya PAS Selangor.

Perkara ini dinyatakan oleh Ustaz Ramli Abu Bakar al-Hafiz, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan dengan katanya kerana hal sedemikian boleh menyebabkan proses dan penjanaan ke arah kejayaan akan terbantut dan menjadi lambat.


Sehubungan itu, penumpuan kepada gerak kerja harus dilakukan dan masalah itu merupakan cabaran semasa yang perlu dilalui oleh PAS.

''Ini cabaran daripada Allah nak memperlihatkan sejauh mana kekuatan, iltizam dan semangat untuk terus berjuang.

''Sebagai contoh. Bila kita meredah belukar, semak samun. Kita terpaksa hadapi kemuncup, duri dan sebagainya. Biarkan saja kemuncup dan duri yang melekat diseluar. Kalau ditanggalkan ia akan melambatkan tempat yang kita nak tuju.

''Kalau ambil masa nak peduli ia melewatkan kita menuju kejayaan. (Perkara) Ini memberi kekuatan pada kita sebab perjuangan pasti ada cabaran,'' terang beliau lagi.

Media arus perdana semalam melaporkan PAS pada mesyuaratnya memutuskan mengikut perkara 82(9) iaitu memecat Dato' Dr Hassan Ali daripada ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Sementara itu, beliau menambah dengan katanya bahawa Allah SWT tidak menilai amalan seseorang melalui jawatan yang dipegangnya. Akan tetapi dengan keikhlasan tugas dan kerja yang dilakukannya.Sebarang ujian yang dihadapinya itu ujarnya lagi memerlukan tindakan yang konsisten dan ia tidak ada istilah pencen dalam kamus perjuangan.

''Muhasabah diri. Yang dinilai bukan jawatan tapi kerja (ikhlas). Apapun dugaan, kita kena teruskan perjuangan. Ia sampai mati dan tak ada had masa. Ia dinamakan korban.

''Itu yang kadang-kadang terkorban. Tapi kita belum sampai ke tahap itu lagi. Kita baru nak berkorban maa dan harta benda.'' ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah bulanan di perkarangan bangunan Unit Peti Undi (UPU) Sanglang, DUN Benut, dekat sini, malam tadi.

Hadir sama, Hj. Ungku Mohd. Nor Ungku Mohammad, Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri johor merangkap bakal calon PAS Dun Pulai Sebatang Pontian. 

www.ibn75.wordpress.com

Isnin, 9 Januari 2012

KENYATAAN TUAN GURU NIK AZIZ!!! Tiada parti diam diri jika ahlinya 'tidak senonoh'



http://gegarkelantan.net/v2/wp-content/uploads/2010/09/Tuan-Guru-menyampaikan-amanat-di-majlis-.jpgKOTA BHARU - Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan keputusan memecat Datuk Dr Hasan Mohd Ali semalam adalah perkara lumrah dalam parti dan tiada parti yang akan berdiam diri jika ahli-ahlinya bertindak "tidak senonoh."

“Tidak ada parti dalam dunia ini yang tidak memecat ahlinya yang tidak senonoh, benda ni perkara biasa, laki bini lagikan bercerai,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini hari ini.

Bagaimanapun Menteri Besar Kelantan ini berkata, Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak dan Exco Kerajaan Selangor boleh mengemukakan rayuan sekiranya berhasrat untuk berbuat demikian.

Perlembagaan Pas membolehkan tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Setiausaha Agung dan ia akan dibincangkan oleh Majlis Syura.

Keputusan memecat Hasan dicapai pada mesyuarat jawatankuasa kerja Pas pusat semalam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan perkara itu berkata, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasa 82(9) perlembagaan parti kerana dilihat tindakan Hasan merugikan kepentingan parti.

Hasan mengambil pendirian bercanggah dengan parti termasuk mempersoalkan konsep negara kebajikan yang diperkenalkan Pas, menuduh parti itu menyeleweng daripada perjuangan Islam serta yang terbaru, mempersoalkan kewajaran penyokong Pas hadir pada Kempen Bebaskan Anwar 901

BERSIH 2.0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...