Selasa, 10 Januari 2012

Isu Dr Hassan Ali, Usah Peduli dan Ahli Disaran Tumpukan Perjuangan




PONTIAN - Para pendokong gerakan Islam (PAS) negara ini disaran tidak gelabah dan sibuk membicarakan kemelut yang melanda parti itu ekoran isu terbaru yang membabitkan Datuk Dr Hassan Ali, bekas pesuruhjaya PAS Selangor.

Perkara ini dinyatakan oleh Ustaz Ramli Abu Bakar al-Hafiz, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan dengan katanya kerana hal sedemikian boleh menyebabkan proses dan penjanaan ke arah kejayaan akan terbantut dan menjadi lambat.


Sehubungan itu, penumpuan kepada gerak kerja harus dilakukan dan masalah itu merupakan cabaran semasa yang perlu dilalui oleh PAS.

''Ini cabaran daripada Allah nak memperlihatkan sejauh mana kekuatan, iltizam dan semangat untuk terus berjuang.

''Sebagai contoh. Bila kita meredah belukar, semak samun. Kita terpaksa hadapi kemuncup, duri dan sebagainya. Biarkan saja kemuncup dan duri yang melekat diseluar. Kalau ditanggalkan ia akan melambatkan tempat yang kita nak tuju.

''Kalau ambil masa nak peduli ia melewatkan kita menuju kejayaan. (Perkara) Ini memberi kekuatan pada kita sebab perjuangan pasti ada cabaran,'' terang beliau lagi.

Media arus perdana semalam melaporkan PAS pada mesyuaratnya memutuskan mengikut perkara 82(9) iaitu memecat Dato' Dr Hassan Ali daripada ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Sementara itu, beliau menambah dengan katanya bahawa Allah SWT tidak menilai amalan seseorang melalui jawatan yang dipegangnya. Akan tetapi dengan keikhlasan tugas dan kerja yang dilakukannya.Sebarang ujian yang dihadapinya itu ujarnya lagi memerlukan tindakan yang konsisten dan ia tidak ada istilah pencen dalam kamus perjuangan.

''Muhasabah diri. Yang dinilai bukan jawatan tapi kerja (ikhlas). Apapun dugaan, kita kena teruskan perjuangan. Ia sampai mati dan tak ada had masa. Ia dinamakan korban.

''Itu yang kadang-kadang terkorban. Tapi kita belum sampai ke tahap itu lagi. Kita baru nak berkorban maa dan harta benda.'' ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah bulanan di perkarangan bangunan Unit Peti Undi (UPU) Sanglang, DUN Benut, dekat sini, malam tadi.

Hadir sama, Hj. Ungku Mohd. Nor Ungku Mohammad, Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri johor merangkap bakal calon PAS Dun Pulai Sebatang Pontian. 

www.ibn75.wordpress.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERSIH 2.0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...