Johari Jaafar |
IPOH, 21 Julai: Dalam merealisasikan agenda Buku Jingga di mana dalam 100 hari Palatan Rakyat mentadbir negara ini apabila berjaya dalam piihan raya umum ke 13 nanti, satu daripada agenda itu merupakan menghapuskan Felda Plantiation yang keluasan tanahnya melebihi 340,000 hektar dan tanah tersebut akan diagihkan kepada rakyat yang layak menerimanya. Oleh itu, PAS Negeri Perak memulakan langkah untuk mengadakan agihan borang Felda Plantation peringkat negeri pada 22 dan 23 Julai ini bertempat di Markaz PAS Kampung Gelok, Lenggong Perak, seentak dengan itu juga akan dilakuan Pelancaran Badan Bukan Kerajaan peringkat negerii. Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein dalam sidang medianya di Pejabat PAS Negeri kelmarin. Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Misbahul Munir Masduki, Razman Zakaria dan Ketua Penerangan PAS Neger, Ustaz Nuri Al Amin. Menurut beliau, tanah tersebut akan diagihkan kepada empat golongan, genarasi kedua dan ketiga Felda, pekerja bawahan saperti buruh dan kerani Felda Plantatian, penduduk kampung tradisinal yang berada di kawasan Felda Plantatioan dan bekas perajurit. Bekas perajuriyt perlu doiambil kira jasa mereka kepada negara dan ianya termaktub dalam Majlis Angkatan Tentera (MAT) di mana mereka layak mendapat 20 ekar tanah pertanian dan dua lot tapah rumah. PAS Negeri Perak melihat hak pesara tentera ini selama ini telah dinafikan oleh Kerajaan Pusat. Jika dibandingkan antara bekas tentera negeri ini dengan negara lain ternyata nasib bekas tentera negara ini telah diabaikan, dakwa beliau. Sementara itu Razman menjelaskan Felda Plantation adalah anak syarikat Felda Felda Holdings. Fungsi utamanya membangunkan tanah-tanah yang diserahkan Kerajaan Negeri kepada rakyat di bawah Akta Penempatan Berkelompok. Namun begitu setelah Felda Holdings dikorporatkan sejak 1992, sehingga ke hari ini Felda tidak lagi mengambil peneroka atau rakyat menduduki tanah tersebut dan ia diuruskan syarikat Felda Plantation. “Dari maklumat yang kami terima, lebih 320,000 hektar tanah berkenaan di seluruh negara adalah di bawah pengurusan Felda Plantation ini," ujarnya. Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan, dalam masa 100 hari tanah berkenaan akan diserahkan semula kepada rakyat. Oleh itu proses ini akan mulakan dari sekarang bagi memudahkan ianya dilakukan nanti, katanya. "Sebanyak 5,000 borang berkenaan disediakan kepada pemohon nanti," ujarnya lagi. Pemohon dikehendaki hadir sendiri mendapatkan borang berkenaan. Sehubungan itu beliau berharap pemohon dapat tampil ke hadapan bagi mendapatkan hak mereka. Menurut Razman lagi, pemberian tanah itu bertujuan mengiktiraf jasa serta pengorbanan anggota tentera yang selama ini seakan dinafikan kerajaan. "Pada majlis itu nanti akan melancarkan satu NGO Baru iaitu Kelab Veteran Angkatan Tentera (Kerabat) supaya dapat memberi manfaat kepada bekas anggota tentera apabila Kerabat bakal bersaing dengan satu lagi persatuan bekas perajurit daripada pihak Kerajaan,” katanya. |
Khamis, 21 Julai 2011
Agih tanah Felda Plantation agenda Buku Jingga
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan