Jumaat, 6 Ogos 2010

Bantuan Kerusi Roda

Pada 29hb Julai 2010 yang lalu Al Fadzil Ustaz Kamal Ashaari bekas calun Parlimen PAS Kawasan Kuala Krau telah bermurah hati meyampaikan 3 buah kerusi roda kepada orang pesakit yang sangat memerlukan bantuan tersebut.

Mereka yang menerima batuan tersebut adalah Puan Esah binti Abdullah 60 tahun dari kampung Gong Halt yang mengidap penyakit kencing manis dan telah dipotong bahagian dua tapak kakinya, penerima kedua adalah Saudara Abd Manaf bin Abd Hamid 66 tahun dari Felda Jenderak Utara yang megalami penyakit stroke dan penerima ketiga ialah Puan Sarima binti Ramli 44 tahun dari Felda Jenderak Utara mengidap penyakit lemah anggota pinggan kebawah yang telah terlatar hampir 4 tahun tanpa pembelaan dari pimpinan setempat khususnya wakil rakyat BN.

Penyampaian tersebut disempurnakan pada malam majlis Foram Perdana yang diadakan di Darul Hikmah Kerdau.Tajuk Foram pada malam tersebut "Ulamak Diantara Peranan Dan Cabaran Masa Kini".

Sumbagan yang disampaikan oleh Alfadzil Ustaz Kamal Ashaari ini merupakan penyampaian kali ketiga dalam kawasan Parlimen Kuala Krau. Kali pertama penyampaian sekilo gila sekampit beras kepada gulungan fakir miskin serta anak yatim diJengka 8,Kg Gong Halt,Kg Kuala Mai, Kg Paya Luas, Jenderak Utara dan Jenderak Selatan serta kampung sekitar pekan Kuala Krau.

Penyampaian kali kedua pada awal tahun 2010 kepada gulungan yang sama (anak yatim? fakir dan miskin) merupakan bag sekolah dan peralatan persekolahan serta baju sekolah kepada 120 orang pelajar. Penyempurnaan majlis dibuat didepan Pejabat MTD PAS Pekan Kuala Krau pada 1hb Januari 2010.

Siri bantuan ini akan diteruskan menjelang sambutan Ramadhan nanti disekitar DUN Kerdau Isyaallah kepada imam imam masjid kawasan berkenaan untuk majlis berbuka puasa di kaareah masjid masing masing.

Semoga dengan bantuan yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada orang ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERSIH 2.0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...