Ahad, 15 Ogos 2010



Sumbangan Ikhlas Jemaah kepada Mangsa Kebakaran

Kerdau, 14 Ogos 2010- Mangsa kebakaran Saudara Kamaruzaman Yahya 35, yang mengalami kebakaran rumah kediaman pada 10hb Ogos 2010 yang lalu, sehari sebelum menjelang Ramadhan telah diberi sumbangan oleh para jemaah yang menghadiri Kuliah Dhuha Mingguan di Pusat Tarbiah PAS Negeri Pahang, Darul Hikmah, Kerdau.

Sumbangan disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Perasaan terharu dan syahdu dapat dilihat oleh hadirin semasa majlis peyampaian itu, lebih-lebih lagi dengan keperihatinan kepimpinan PAS terhadap golongan yang memerlukan di saat-saat menjelang sambutan Aidul Fitri tidak lama lagi.

Kepimpinan PAS Negeri Pahang akan membantu mangsa dengan merujuk kepada Lujnah Kebajikan Negeri supaya dapat disalurkan kepada Tabung Bantuan Harakah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERSIH 2.0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...