Isnin, 16 Ogos 2010

Majlis Berbuka Puasa Bersama Ustaz Kamal Ashaari

Pulau Pasir Mandi-15hb Ogus 2010. Majlis berbuka puasa pada hari ke lima Ramadhan 1431 Hijrah telah disempurnakan oleh penduduk kampung Pulau Pasir Mandi dan wakil masjid masjid sekitar yang terdiri dari Imam atau Pengerusi Masjid dan Ketua Kampung 15 buah masjid dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, bersama Al Fadzir Ustaz Kamal Ashaari calon PAS Parlimen Kuala Krau dalam PRU 12/2008 lalu.

Dalam majlis tersebut Al Fadzil Ustaz Kamal Ashaari bermurah hati memberi sumbanga berupa peruntukan berbuka puasa kepada Imam 15 buah Masjid antaranya ialah Masjid Teluk Sentang,Baduk,Desa Purun,Krai,Pulau Pasir Mandi,Teluk Sabak,Batu Sawar, Rumpun Makmur,Jengka 22,Jengka 23,Jengka 25 yang berada di seberang kanan Sungai Pahang sementara Masjid Paya Taram Bandar Kerdau,Masjid Tekal,Masjid Umar Abdul Aziz Ketumbit dan Masjid Ketam di seberang kiri sungai.

Dalam majlis tersebut juga Ustaz Kamal bermurah hati menghulurkan bantuan kepada 5 orang miskin dan OKU yang berada dikampung tersebut,yang berupa wang untuk keperluan dibulan Ramadhan yang penuh berakah ini.

Majlis diakhiri dengan Taskirah Ramadhan selepas Solat Terawikh yang dipimpin oleh beliau sendiri.Sebelum itu taskirah selepas berbuka beliau sempat mengulas 4 pekara pokok pengertian Ramadhan yang pada awalnya merupakan bulan Rahmat kepada seluruh sekelian alam,pertengahan nya pula bulan pengampunan serta diakhir Ramadhan adalah ganjaran Syurga Allah dan bebas dari siksaan Neraka.

Perbezaan puasa kaum Muslimim berbanding kaum Yahudi adalah Sahur di satu pertiga yang terakhir malam .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERSIH 2.0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...