Ahad, 12 September 2010

Dewan Pemuda Kawasan Kuala Krau Berhari Raya



Jengka 15- Ahad 12hb Sept 2010. Sambutan hari raya yang merainkan anak perantau pulang ka kampung telah dibuat di Jengka 15, kehadiran tetamu dalam majlis yang bermula jam 9.00 pagi tadi dianggarkan 1000 orang, terdiri dari masyarakat setempat dan kawasan berhampiran.

Turut bersama dalam majlis tersebut adalah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Pas merangkap Pesuruhjaya PAS Pahang, dalam ucapan perasmian sebentar tadi YH Dato' Tuan menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada semua yang hadir serta seluruh penduduk Jengka.

Sambil mengigatkan kepada yang hadir supaya berhati hati semasa memandu dijalan yang menghubungi laluan ka Jengka ini,menurut beliau telah berlaku beratus kematian akibat kemalangan jalan raya di laluan ini kerana jalannya sempit dan tidak lirus. Kerajaan telah memerintah 53 tahun tetapi gagal melebarkan jalan ini walau pun setiap kali pilihanraya janji pehak BN bila medapat kemenagan akan membesarkan jalan ini.

Beliau berpendapat adalah mustahil kerajaan Pahang yang ada pada hari ini dapat memenuhi janji janji mereka, kerana setiap tahun kerajaan yang ada, dalam bajet tahunan nya membentang kan bajet yang difisit hampir 20 tahun dalam keadaan yang sama. Hutang kerajaan Pahang hampir 2 Bilion tidak perah difikirkan oleh pemimpin BN dalam negeri Pahang bagaimana nak diselesaikan.

Rakyat patut belajar dengan Negara Jepun apabila kerajaan dibawah pimpinan LDP gagal memakmurkan rakyat nya mereka memilih kerajaan baru walaupun kerajaan lalu telah memerintah 50 tahun.

Sebelum itu Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Us Suhaimi Saat dalam ucapan alu aluan nya memaklumkan agar golongan muda di Jengka ini perlu mengikut arah aluan dikalangan pengundi muda dibandar bandar serta pinggir bandar, semua golongan muda disana telah memulakan gerakan mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU 12 yang lalu. Di Pahang juga terutama di Jengka golongan muda wajib berubah.

Dalam majilis ini para hadirin dihiburkan dengan dendangan lagu lagu nasid oleh penyayi tempatan. Turut menyerikan majlis sambutan ini ialah Pimpinan Pas Negeri, seperti SU Perhubungan PAS, Bedahari, Ketua Penerangan Pas Negeri, Ketua Dewan Himpunan Kelab Penyokong Pas Negeri Sdr Balasubramaniam, Saudara Sam, Tim Pengerusi PKR Negeri Pahang dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya Negeri Sdr Mazlan Yassin, Serta Tim YDP PAS Kawasan Pak Syikh Nazri Hussin, semua pimpinan di iringi isteri masing masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERSIH 2.0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...